BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waran tangkap buat Norjuma

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Norjuma Habib
Norjuma Habib​




Kuala Lumpur: Usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Yasmin Abdul Razak berikutan Norjuma gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan.

Sebagai rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, bagaimanapun pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak ada di kediamannya hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan memohon tarikh baru untuk permohonan waran tangkap ke atasnya sekali lagi.

"Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Last edited:
Notis Bankrap Terhadap Norjuma

04.10.2022 - Kuala Lumpur, Syarikat Fame Up Entertainment memfailkan Notis Bankrap di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed. Peguam bagi pihak syarikat berkenaan, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, notis kebangkrapan itu difailkan pada 15 Ogos lalu bagi menuntut Norjuma membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Jika beliau gagal membayar, pihak kami akan failkan petisyen untuk bankrap ke atasnya,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan usaha untuk menahan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed yang dikenakan waran tangkap oleh mahkamah gagal selepas dia tiada di kediamannya. Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berkaitan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.​

1664856738791.png
 
byk kisah yang tak elok ada kaitan ngn dia kan
 
ape kes ni? dlu famous tudung AJ dia, rjn gk jd runner pi beratur bli..
 
Back
Top
Log in Register