Faktor yang terpenting masa nak beli aircond rasanya budget kot. Hehe.. Selalunya aircond yang tanpa inverter lebih murah. Yang ada inverter memang tak dinafikan kekadang harga dia lebih 50% dari aircond yang tanpa inverter. Contoh: Panasonic 1 horse power versi biasa, harga dalam RM800-RM1K. Tapi Panasonic yang ada inverter paling murah boleh dapat pun dalam RM1.4K untuk horse power yang sama. Semua harga tu termasuk pemasangan standard. Harga ni pun bergantung kat kawasan dan skill kita masa deal tu

)
Lagi satu, tengok jugak kat mana nak pasang aircond tu. Jika cadang nak pasang kat ruang tamu, tak perlu nak guna yang ada inverter sebab ruang tamu kan luas, jadi fungsi inverter macam tak berapa efficient kat situ. Kalau pasang dalam bilik sesuai lah aircond yang ada inverter sebab bilik selalunya mempunyai ruang yg lebih kecik dan fungsi inverter akan berfungsi dengan lebih efficient kat ruang yang kecil ni.
Bila ruang luas macam ruang tamu, perubahan suhu akan jadi lebih ketara berbanding ruang yang kecil dan bertutup macam bilik. Kalau tak salah saya, aircond inverter ni compressor dia ada self-control, maksudnya dia takdelah berfungsi macam compressor biasa yang kalau suhu naik sikit, compressor akan beroperasi dalam kuasa maximum dan kalau dah capai suhu yang kita tetapkan, compressor akan otomatik berenti. Bile compressor asyik turn on--turn off--turn on--turn off berkali-kali, banyak kuasa letrik akan digunakan.
Kalau nak kira kos letrik, tak dinafikan aircond inverter lebih rendah kos letrik dia. Tapi... tengok keadaan jugak. Aircond inverter selalunya sesuai untuk orang yang bukak aircond lebih 6 jam setiap hari. Rumah saya pakai dua bijik Panasonic Inverter, bukak dalam 8-10 jam sehari tambah-tambah musim panas ni, suhu saya set 25-26 darjah celcius so far bil letrik tak pernah lebih RM100 pun. Bil bulan Januari hari tu RM84.50 je.
Kalau dari segi maintenance, aircond biasa dah ternyata paling murah dan tak banyak songeh. Kos nak servis aircond biasa selalunya dalam RM80-RM100. Aircond inverter pulak selalunya dalam RM120-RM150. Sekali lagi, semua harga ni bergantung kpd kawasan kita. In case kalau rosak pun, aircond inverter spare part dia lebih mahal dari biasa dan susah nak dapat siap kena order bagai based on installer aircond saya cakap hari tu. Lagi satu, masa pasang pun kos dia mahal sikit sebab piping dia lebih tebal dan gas yang dia pakai tu jenis baru (R410A - tangki pink) yang lebih mahal dan kononnya lebih 'mesra alam'. Gas R410A ni harga dia memang mahal berganda dari gas yang aircond biasa pakai (R22 - tangki hijau). Installer saya cakap dulu, gas aircond takkan berkurang unless berlaku kebocoran kat sistem piping aircond kita. Masa servis, kalau tukang servis tu kata dia topup gas bagai, suruh dia tunjuk bukti yang memang ada berlaku kebocoran kat piping. Selalunya takut dia propa je. Kalau nak servis yang cepat dan spare part yang senang dapat, beli aircond brand YORK.
*Kalau info yang saya bagi ni salah, mohon ada pakar aircond yang boleh tolong tambah/perbaiki/perbetulkan. Hehe..
