BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita sepak suami

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Gombak: Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.

Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.


Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi kerana menghina ibu lelaki terbabit.


“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.


Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.

Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.


“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.


Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.


“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013072902334720130729023347/Article/index_html
 
dah mcm tajuk movie...bini ku gengster..ganas gila bina mcm ni kena lak keluarga masuk campur..
 
Cerai saja. Apa susah. Buat apa nak bela bini lagu tu.
SEMAK saja!!
 
Mak aii....apa jadi camtue....
 
takper...raya nanti boleh minta maaf..apa adahal
 
ganas bini dia.. apa nk jadi la..
 
tak tahu kisah sebenar, jgn spekulasi di bln2 pose ni... free2 aje amalan sepanjang Ramadhan ni bole terbatal kalo mengumpat atau fitnah...
 
mmg ada 2 jenis yg mungkin berlaku:

1) bini puaka

2) suami dayus + mak mertua mulut puaka

dua2 ni aku dah jumpa... sbb tu jgn speculate kalo tak tahu kesah sebenar...
 
ini bini ati kecik,panggil geng pukul laki,tapi kalo laki panggil geng,patut ajar bini sula dengan belut idup ja,biar menggedik mati..
 
Back
Top
Log in Register