BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita & Pohon Semalu

miss Qyaa

Fun Poster
Messages
120
Joined
Apr 23, 2012
Messages
120
Reaction score
26
Points
20
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat,..... semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran daripada semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
 
Last edited:
SUBHANALLAH maha suci ALLAH yang menjadikan sesuatu itu dengan segala keistimewaannya
 
SUBHANALLAH maha suci ALLAH yang menjadikan sesuatu itu dengan segala keistimewaannya

harap wanita yg mmbaca thread ni tahu apa yg patut dilakukan dan sedar begitu istimewanya wanita dan perlu mnjaga adat & tatsusila walau dimana pun kita ..:)
 
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman2 seislam yang lain.
.sama2 lah kita muhasabah diri, yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk kita jadikan sempadan...
Insyaallah.
 
Ada banyak khasiat pokok semalu ,antaranya ia mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.
 
Back
Top
Log in Register