Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Wanita Perlu Diberi Peluang, Kepercayaan Untuk Jadi Pembuat Keputusan
Usaha memperkasakan wanita sebagai pembuat keputusan perlu disertai dengan sistem sokongan, latihan dan kepercayaan terhadap kemampuan mereka, kata Penasihat Dalam Perbandaran Mampan Kerajaan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Beliau yang juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur berkata wanita perlu berada dalam kedudukan membuat keputusan, bagi membolehkan keperluan serta perspektif mereka diterjemahkan kepada dasar serta tindakan.
“Saya ingin menyuruh semua wanita apabila diberi peluang, ambil peluang itu dan kita juga mencari ilmu,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Hari Wanita: Pacu Kesaksamaan, Perkukuh Agenda Pemerkasaan terbitan Bernama TV, di sini malam ini.
Beliau berkata penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi juga masih belum seimbang, dengan data 2025 menunjukkan wanita merangkumi 56.4 peratus daripada keseluruhan penyertaan, namun hanya 27 peratus memegang jawatan pengurusan.
Maimunah berkata wanita yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen kini berjumlah 13.5 peratus, manakala wanita yang menganggotai Jemaah Menteri sebanyak 16.1 peratus.
“Kalau seseorang wanita itu boleh ke hadapan, ada keupayaan, ada kemampuan, kenapa tidak? Walaupun 50 peratus pun tak apa,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Nomura Asset Management Datuk Mona Suraya Kamarudin berkata peluang untuk wanita meningkat dalam kerjaya, perlu disokong dengan latihan dan pembangunan kepimpinan.
Beliau berkata berdasarkan pengalamannya dalam sektor kewangan, wanita mempunyai kemampuan teknikal dan pengalaman yang baik, namun penglibatan mereka lebih banyak dilihat pada peringkat pertengahan berbanding jawatan tertinggi.
“Dalam bidang kewangan, mereka tidak melihat gender, kerana jika anda boleh urus kewangan, orang akan memilih anda sama ada anda lelaki atau perempuan,” katanya.