kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
Mangsa cedera teruk di muka disyaki ditetak dengan objek tajam
SIBU: Seorang wanita maut dipercayai akibat kecederaan serius di bahagian muka selepas diserang dengan objek tajam di belakang sebuah bangunan kedai di Lorong Foochow pagi semalam.
Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahu kanan dikenali sebagai Helen Galing, berusia 31 tahun dan berasal dari sebuah rumah panjang di Durin.
Mangsa bagaimanapun tinggal di sini dengan menyewa bilik di sebuah bangunan kedai di Lorong Foochow tidak jauh dari tempat kejadian.
Seorang pemuda yang menyewa di bangunan sama tetapi berasingan bilik mendakwa, pada kira-kira jam 11.15 pagi seorang lelaki yang tidak dikenali telah datang ke rumah sewa mereka untuk mencari mangsa.
Pemuda terbabit yang enggan namanya disiarkan memberitahu dia tidak nampak kelibat mangsa.
“Ketika itu saya sedang mencuci pakaian di bilik mandi dan lelaki terbabit yang bersenjatakan parang terus beredar tanpa berkata apa-apa,” ujarnya yang mengakui masih terkejut dengan insiden terbabit.
Menurut pemuda itu lagi, selang beberapa minit kemudian dia terdengar bunyi jeritan sebelum menjenguk keluar dari tingkap dan ternampak mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah tidak jauh dari rumah sewa.
Dia serta seorang lagi rakannya terus keluar dari rumah sewa untuk mendapatkan mangsa dan pada masa yang sama menghubungi pihak polis.
Seorang pemilik bengkel motosikal yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian, mendakwa dia juga ada terdengar bunyi jeritan.
Namun ketika dia menoleh keluar, dia hanya ternampak mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala penyerang terbabit telah melarikan diri meninggalkan tempat kejadian.
“Ketika itu saya hanya ternampak mangsa yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Tetapi saya tidak ada nampak suspek di tempat kejadian,” katanya.
Beberapa orang anggota polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Turut berada di tempat kejadian ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Sibu DSP Denis Leong.
Selain itu sepasukan anggota paramedik dari Hospital Sibu bergegas ke tempat kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.
Namun usaha menyelamatkan mangsa gagal walaupun diberi bantuan alat pernafasan.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.
the borneo post online news.