balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Idda tidak gayat berjalan di atas bumbung ketika melakukan kerja pembinaan.
< 1 / 2 >
ARAU - Bidang binaan sering dimonopoli golongan lelaki, namun di Perlis, seorang wanita membuktikan dia juga mampu membina rumah dengan tulang empat keratnya.
Idda Lila Wati Abdullah, 31, dari Kampung Sungai Baru, berkata, minatnya dalam bidang pertukangan bermula sejak di bangku sekolah ketika mengambil subjek Kemahiran Hidup.
Menurutnya, dia sanggup berpindah ke sekolah lain apabila pengetua sekolah asal tidak membenarkan pelajar perempuan mengambil bidang pertukangan.
“Memang saya sangat teruja apabila dapat belajar dalam bidang ini, selepas tamat sekolah saya terus mempelajarinya secara langsung dengan tukang rumah yang saya kenal.
“Pada umur 20 tahun saya sudah mampu memperbaiki rumah sendiri dan sejak dari itu saya bidang pertukangan menjadi sumber pendapatan saya,” katanya.
Idda berkata, dia tidak pernah berasa gayat berada di tempat tinggi dan kelebihannya itu membuatkan dia suka berada di atas bumbung ketika memasang kerangka besi bumbung.
Jelasnya, dia pernah beberapa kali jatuh dari bumbung namun tidak pernah mengalami kecederaan serius.
“Pembinaan rumah dari meletakkan bata, pasang mozek sehingga bahagian atap saya boleh buat. Setiap projek rumah saya akan turun padang bersama dengan pekerja yang diupah.
“Saya tak suka lepas tangan kepada pekerja kerana saya mahu hasil binaan terbaik diberikan kepada pelanggan,” katanya.
Ibu kepada dua anak itu berkata, bidang pembinaan mempunyai persaingan yang sengit terutama ketika keadaan ekonomi tidak menentu.
Menurutnya, dia pernah memperoleh pendapatan lebih RM6,000 sebulan dengan mengambil upah membina, membaiki rumah, bangunan mahupun membuat longkang.
“Namun kini untuk memperoleh pendapatan sebanyak itu sangat sukar kerana persaingan dari kontraktor kelas D, saya pula hanya mengambil upah dan tidak mempunyai lesen kontraktor.
“Tetapi semua itu memberi kekuatan kepada saya, lagipun dari dulu saya menerima sebarang kerja termasuk membaiki atap,” katanya.
Idda memberitahu sehingga kini dia sudah membina dan membaik pulih kira-kira 300 rumah, termasuk sekolah dan bangunan di sekitar negeri ini.
Katanya, sebagai seorang wanita, sikap malu dan takut perlu bertempat kerana di zaman serba moden ini segala peluang yang ada perlu direbut bagi memajukan diri.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/wanita-jadi-tukang-rumah-1.374234