BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita dipeluk, dicium dan diraba ketika balik kerja

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201


Wanita dipeluk, dicium dan diraba ketika balik kerja


SHAH ALAM – Perjalanan pulang seorang wanita bertukar detik ngeri apabila dia dipeluk, dicium dan diraba seorang lelaki dalam serangan mengejut di lorong sebuah taman perumahan di Setia Alam di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.10 petang itu berlaku ketika mangsa berusia lingkungan 20-an berjalan kaki bersendirian menuju ke rumahnya selepas pulang dari tempat kerja.


“Suspek kemudiannya memeluk serta menutup mulut mangsa sebelum mencium dan merabanya. Lelaki itu kemudian melarikan diri. Tiada kerugian dialami mangsa,” katanya hari ini.


Sumber : Kosmo Online
 
Lelaki cabul wanita di Setia Alam masih diburu

Austin Camoens

SHAH ALAM: Polis menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha mengesan suspek yang mencabul seorang wanita di Setia Alam, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah, berkata pihaknya sedang mengumpul bukti, termasuk menemubual saksi dan mengambil rakaman CCTV dari kawasan sekitar.

"Suspek masih belum dikenal pasti dan usaha kami ketika ini tertumpu kepada mengesan pergerakannya," katanya ketika dihubungi NST , hari ini.

Sarudin juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

"Kami merayu sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasat atau balai polis berhampiran," katanya.

Dalam kejadian petang kelmarin, seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dicabul ketika berjalan pulang dari tempat kerja melalui sebuah kawasan perumahan.


Suspek didakwa memeluk mangsa, menutup mulut dan menciumnya sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.


Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register