BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita curi telefon bimbit diburu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,663
Points
201


1751190032864.png



KAJANG - Tindakan seorang wanita mencuri telefon bimbit di kaunter sebuah premis perniagaan di Batu 9, Cheras di sini pada Jumaat mengundang padah apabila aksinya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.48 malam.


"Siasatan awal mendapati telefon bimbit milik mangsa diletakkan di atas meja kaunter sebelum disedari hilang.

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita dipercayai mengambil telefon bimbit tersebut sebelum beredar dari lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Naazron berkata, polis percaya suspek bertindak bersendirian dan mengambil kesempatan ketika mangsa leka menjalankan tugas di kaunter.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan identitinya sedang dikenal pasti," katanya.

Tegasnya, suspek diminta supaya menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.


Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan tindakan suspek mencuri telefon bimbit berkenaan dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di sini.

Paparan video menunjukkan suspek bertindak mengambil telefon bimbit di kaunter premis berkenaan.

Artikel : Sinar Harian
 
Wanita tular curi telefon bimbit diminta serah diri

Wanita tular curi telefon bimbit diminta serah diri
Foto menunjukkan wanita mencuri telefom bimbit dalam satu premis makanan Jumaat lalu. Foto media sosial.
KAJANG: Polis gesa wanita yang dikesan tular mencuri telefon bimbit di sebuah kedai makanan di Cheras Trader Square, Baru 9, di sini, Khamis lalu, untuk tampil menyerah diri.

Ini susulan wajah wanita terbabit yang juga suspek kes berkenaan sedang tular dan mudah dikenali.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek yang dirinya ketika dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan memakai tudung hitam disaran untuk menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

"Polis Daerah Kajang, mengesahkan menerima laporan kes berkenaan pada jam 9.48 malam, 27 Jun lalu (Jumaat) daripada mangsa.

"Mangsa memberitahu semasa sedang bekerja di premis berkenaan, telefon bimbit miliknya hilang dipercayai dicuri sebelum dia memeriksa CCTV dalam premis sama.

"Hasil pemeriksaan, CCTV merakam perbuatan suspek yang telah mengambil kesempatan mencuri telefon bimbit milik pengadu yang diletakkan di atas meja kaunter ketika itu," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dengan denda atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Ammar Mohd Tahir ditalian 018-2586153 bagi membantu siasatan.
 
Kalau dapat hp pon bukan user mostly set password/lock pin ke? Pergi kedai boleh reset pon data dalam tu hilang. IPhone pula lagi dahsyat, nak reset lg susah.
 
Kalau dapat hp pon bukan user mostly set password/lock pin ke? Pergi kedai boleh reset pon data dalam tu hilang. IPhone pula lagi dahsyat, nak reset lg susah.
rasanya phone tu untuk terima order... tak fikir dia letak password... byk kedai aku tengok dia letak phone memang sebelah grab dan panda punya mesin untuk khas terima order...
 
Kalo serah diri bg balik phone sbb nk reset pn susa kira terus dimaafkan jela kan
 
Back
Top
Log in Register