kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
KUALA LUMPUR: Berang dengan sikap jawatankuasa Pengurusan Badan Bersama (JMB) kediamannya yang didakwa mengabaikan tanggungjawab, seorang wanita hampir mencetuskan kekecohan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini.
Dia yang hadir ke Hari Bertemu Pelanggan DBKL Bagi Sesi Ogos 2009, semalam pada awalnya mahu mengadu masalah di kawasan kondominiumnya, namun bertukar menjadi medan meluahkan perasaan amarah.
Menurut Pengerusi Pengelola Hari Bertemu Pelanggan, Muhamad Sidek Khalid, wanita pertengahan usia itu tidak berpuas hati dengan peranan JMB kondominiumnya di Segambut yang didakwa gagal menjalankan tugas.
“Dia mengadu masalah di kondominiumnya dan naik angin apabila bercerita mengenai JMB yang gagal berfungsi dengan baik, malah perkhidmatan diberikan tidak setimpal dengan yuran penyelenggaraan dibayar.
“Berikutan itu, wanita berkenaan mahu DBKL campur tangan menyelesaikan perkara terbabit tetapi kita tidak boleh masuk campur sangat sebab kondominium ini bukannya di bawah pengurusan DBKL tapi persendirian.
“Sekiranya perumahan awam yang memang diuruskan DBKL, bolehlah kami masuk campur urusan JMB ini kerana kami ada hak untuk pastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal,” katanya.
Bagaimanapun, Muhamad Sidek yang juga Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan Pelancongan dan Sukan, berkata pihaknya selaku badan Pesuruhjaya Bangunan (COB) tetap akan berbuat sesuatu.
Katanya, COB akan memanggil pengerusi JMB kondominium berkenaan bersama pengadu untuk duduk berbincang menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin dalam tempoh sebulan ini.
“Kami tidak boleh masuk campur sangat tetapi selaku COB boleh memanggil kedua-dua pihak ini untuk duduk berbincang, mungkin mereka ada salah faham yang perlu diperbetulkan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090829130424/Article/index_html