dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Jika sebelum ini kumpulan muzik One Direction melancarkan koleksi penggilat kuku pertama mereka, dan kini mereka bakal melancarkan wangian terbaru mereka iaitu "Our Moment".
Dipetik dari laman MTV, wangian "Our Moment" akan datang dalam botol merah jambu lengkap dengan tiara dan sentuhan kain 'tulle' bagi memperlihatkan gaya feminim.
One Direction telah memilih aroma kegemaran mereka iaitu bau "buah dan bunga" dalam menghasilkan wangian "Our Moment".
Menurut Harry Styles, dia sangat berbangga dengan wangian terbaru mereka dan memberitahu tahu bahawa mereka juga dalam perancangan dalam menghasilkan losyen badan dan gel mandian yang dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini.