BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang tunai RM678j dihantar ke Libya

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LONDON - Tentera udara Britain menerbangkan berkotak-kotak wang kertas baru dicetak bernilai AS$227 juta (RM678 juta) ke Libya, kelmarin untuk digunakan kerajaan baru negara itu bagi membayar gaji pekerja awam dan untuk operasi bank.

Namun, wang tunai bersamaan dengan 280 juta dinar Libya itu bukanlah milik Britain, sebaliknya adalah sebahagian daripada nilai percetakan wang kertas baru berjumlah AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) yang dipesan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi daripada syarikat percetakan Britain, De La Rue sebelum penggulingan beliau.

Penghantaran wang kertas itu sebelum ini dihalang dan aset itu dibekukan London, Mac lalu bagi memaksa Gaddafi berundur selepas kebangki-tan rakyat Libya menentang pemerintahannya.

Setiausaha Luar Negeri Britain, William Hague berkata, wang itu akan disalurkan kepada parti pemberontak Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang berjaya menggulingkan Gaddafi selepas pertempuran berdarah selama enam bulan.

Pada 2003, Amerika Syarikat turut menerbangkan wang tunai berjumlah AS$12 bilion (RM36 bilion) ke Iraq selepas menjajah negara Teluk itu.

Sementara itu, NTC mengadakan perjumpaan dengan 60 kerajaan dan pertubuhan dunia, semalam bagi membincangkan pembangunan semula Libya yang dilihat bakal dikuasai negara barat terutama dalam industri minyak dan pembinaan infrastruktur.
 
ada x kemungkinan akan jadi macam duit iqd.....

lepas tu pakat beli ramai2 tunggu RV gak...
 
mana ada minyak abes diaorg langgar.
 
mesti masyuk kalau sape2 org dlm buat duit palsu.:p
 
kasi tembak itu kapal terbang..nt dpt duit free..
 
Back
Top
Log in Register