balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Rumah mangsa kelihatan sunyi, Sinar Harian difahamkan mangsa tiada di rumah.
< 1 / 1 >
ROMPIN – Seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Rompin kerugian wang tunai RM43,000 dan barang berharga yang disimpan dalam sebuah beg selepas rumahnya di Kampung Perpat dipecah masuk dan disamun tiga lelaki bersenjata awal pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pengadu yang berusia 47 tahun yang juga merupakan seorang ibu tunggal bersama seorang anak lelakinya, 23, telah diikat dengan dawai namun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa yang sedang tidur di biliknya telah dikejutkan seorang lelaki bertopengkan baju serta bersenjatakan parang dan mengarahkan mangsa diam.
“Kemudian dua lagi lelaki masuk membawa anak lelaki mangsa yang kemudiannya mengikat kedua-dua mangsa dengan dawai sebelum ketiga suspek menggeledah rumah,” katanya kepada Sinar Harian.
Johari berkata, selain wang tunai berjumlah RM43,000 yang disimpan dalam sebuah beg yang disamun, satu unit laptop, seutas rantai emas, empat urat gelang emas, sepasang subang emas, dua bentuk cincin dan tiga unit telefon bimbit turut hilang.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai dua lelaki Indonesia dan seorang lelaki Melayu telah masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang rumah yang diumpil.
“Anak mangsa dapat melepaskan ikatan selepas penjenayah pergi dan datang sendiri ke balai polis untuk membuat aduan.
“Pasukan forensik dan Unit Anjing K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Pahang telah datang untuk membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.