balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
BAGAN SERAI - Taktik terbaharu penjenayah menyamar sebagai pegawai Baitulmal untuk memperdaya dan menyamun warga emas kini mula dikesan di sekitar Kerian.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pada kira-kira jam 3 petang 22 Oktober lalu, seorang warga emas berusia 86 tahun dikunjungi seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun yang mendakwa dirinya pegawai bantuan Baitulmal.
Menurutnya, mangsa yang tinggal di Kampung Alor Singa, di sini dimaklumkan oleh suspek bahawa dia diarahkan mengambil gambar di dalam rumah mangsa untuk urusan permohonan bantuan.
“Sebaik saja memasuki rumah mangsa, suspek minta izin untuk ambil gambar di dalam bilik manakala mangsa pula difahamkan berada di ruang tamu, menunggu suspek menyelesaikan kerjanya.
“Selepas berpura-pura ambil gambar, suspek kemudiannya bergegas meninggalkan rumah mangsa dan apabila pemeriksaan dibuat, wang tunai berjumlah RM4,000 disimpan di bawah tilam bilik tidur mangsa lesap,” katanya sewaktu ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini semalam.
Omar Bakhtiar berkata, isteri mangsa tidak mengetahui terdapatwang tunai disimpan di bawah tilam itu sehinggalah kejadian tersebut.
Katanya, mangsa dan isterinya kini trauma untuk berjumpa orang ramai, memandangkan hajat mereka untuk mendapatkan bantuan bertukar menjadi musibah.
“Susulan kejadian itu, polis kini menjejaki suspek yang dipercayai bertubuh gempal, kulit hitam, rambut pendek, tidak bermisai, berpakaian baju lengan pendek berwarna putih dan tiada gigi hadapan.
“Mangsa juga tidak dapat mengenal pasti jenis motosikal biru digunakan suspek,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan suspek kes tersebut dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan modus operandi kes hampir sama apabila suspek menyasarkan warga emas yang tinggal bersendirian di rumah agak jauh daripada orang ramai.
“Berdasarkan kes penyamaran pegawai JKM sebelum ini, ada suspek yang sanggup membawa kuih-muih kepada mangsa dan mengarahkan mereka menyediakan minuman di dapur sebelum mencuri.
“Terdapat juga suspek yang memberi salam berkali-kali, jika jawapan salam diberikan orang sama, maka mereka tahu mangsa tinggal seorang diri,” katanya.
Omar Bakhtiar berkata, polis menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.
Katanya, warga emas yang tinggal bersendirian juga diingatkan supaya tidak terlalu teruja untuk mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan tertentu sehingga mengundang penjenayah ke dalam rumah.
Usaha Sinar Harian untuk menemu ramah mangsa tidak berhasil apabila dia tiada di rumahnya.