balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
IPOH – Sebuah restoran makanan segera di Gunung Rapat kerugian lebih RM24,000 apabila wang hasil jualan disamun dua lelaki bersenjatakan parang di Jalan Persiaran Gunung Rapat 1, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, pengurus restoran terbabit yang ditemani seorang kakitangannya dalam perjalanan untuk memasukkan wang terbabit ke dalam sebuah bank berhampiran.
Sumber berkata, dua pekerja terbabit yang hanya berjalan kaki sedang menyeberangi jalan telah dihalang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki.
“Pembonceng terbabit kemudian bertindak menyerang pengurus dan pekerjanya itu dengan mengacu parang ke arah mereka dan meletakkan parang di leher pekerja lelaki terbabit.
“Suspek bertindak merentap beg yang dipegang pekerja terbabit sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC135,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan terus melarikan diri dalam sebuah restoran makanan berhampiran.
“Pengurus berusia 27 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri, manakala pekerja lelaki terbabit cedera di tangan akibat dicakar suspek ketika merentap beg yang mengandungi wang berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/wang-restoran-makanan-segera-lesap-1.340010