BTC USD 81,102.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang kelian

last pakai boarder pass..lepas smpai phuket..nasib xkena tngkap
 
pakai border pass boleh lepas sampai ke Saturn atau Setoi. ada jarak berapa km ntah. lepas tu x blh lebih brp hari ntah

Saturn tu planet bos. hehe.

Sekarang dah boleh lajak sampai negeri2 thailand yang bersempadan dengan malaysia iaitu Satun, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat.
 
Terbaik nie.. Kalo bole lajak2 tue kne standby isi minyak siap2 atau bole jer isi myk kt sne? mne lg murah yer?
 
Terbaik nie.. Kalo bole lajak2 tue kne standby isi minyak siap2 atau bole jer isi myk kt sne? mne lg murah yer?

Ada stesen minyak caltex kat wang kelian. Isi penuh2 dulu. Kalau nak merasa petrol thailand boleh je tapi harga mahal sikit lah. Lagi satu petrol dia jual RON91 dengan RON95 je lepas tu ada campuran ethanol 10% hingga 20%. Boleh lah buat bersih engine dan jimat minyak. :)cgrock
 
Ada stesen minyak caltex kat wang kelian. Isi penuh2 dulu. Kalau nak merasa petrol thailand boleh je tapi harga mahal sikit lah. Lagi satu petrol dia jual RON91 dengan RON95 je lepas tu ada campuran ethanol 10% hingga 20%. Boleh lah buat bersih engine dan jimat minyak. :)cgrock

Jadi ok juga la yer kalo isi myk di sne.. Sedikit mahal tp memberi manfaat.. Thanks 4 info.. :)cgrock
 
5-map-satun.jpg
 
cm ner nk bwk kete masuk thai..apa dokumen perlu ada?
 
Wang Kelian Jadi "Pekan Mati" Sejak Pemansuhan Zon Aliran Bebas

18.12.2019 - Padang Besar, Wang Kelian yang dahulunya meriah dan menjadi tumpuan utama pelancong membeli-belah kini menjadi ‘pekan mati’ sejak pemansuhan Zon Aliran Bebas di antara Malaysia dan Thailand pada tahun 2015.

Tinjauan Bernama mendapati pekan yang berhampiran dengan wilayah Satun, Thailand itu tidak lagi semeriah dahulu dan amat jarang terlihat kelibat pelancong tempatan mahupun luar datang membeli-belah di sini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wang Kelian, Rashid Daud berkata sejak kerajaan memansuhkan Zon Aliran Bebas itu , premis perniagaan yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong mulai lengang dan kebanyakan kedai kini hanya dijadikan sebagai stor menyimpan barang oleh peniaga Thailand dan tempatan.

“Saya masih ingat lagi suasana di sini (Wang Kelian) begitu meraih satu masa dahulu, seawal pukul 4 pagi, puluhan bas membawa pelancong dari serata tempat tiba di pekan ini dan peniaga tempatan membuat persiapan sejak awal pagi bagi menyambut kedatangan pelancong ke sini.

“Orang dulu-dulu meniaga, depa (mereka) dah siapkan makanan awal untuk dijual kepada pelancong, Barangan jualan ketika itu sangat murah. Malah, pengunjung tidak perlu menukar wang Baht (matawang Thailand) untuk membeli belah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Seorang peniaga yang ingin dikenali sebagai Hashim, 47, berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk membuka semua Zon Aliran Bebas bagi membolehkan penduduk di sini mencari rezeki.

Beliau berkata sejak penutupan itu, kawasan ini menjadi suram dan sunyi apabila hanya dijadikan tempat persinggahan pelancong sebelum masuk ke negara jiran, Thailand.

“Pekan Wang Kelian kini ibarat ‘bandar koboi’ dalam filem barat, menjadi tempat persinggahan pengembara untuk memberi kuda minum air sebelum meneruskan perjalanan.

Kalau dahulu, orang ‘mai singgah sini’ (datang ke sini) untuk beli barang, sudah puas beli barang kat sini baru ‘depa pi masuk Siam’ (pergi ke Thailand) dan orang Thailand ada juga yang datang ke sini (Wang Kelian) untuk beli barangan buatan Malaysia,” katanya.

Pada tahun 2015, Wang Kelian digemparkan dengan penemuan 106 rangka manusia mangsa sindiket pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya, sejak daripada itu pekan tersebut mula sepi.

Pada 1 April tahun sama, Jabatan Imigresen telah membatalkan serta-merta kemudahan pergerakan bebas ke pasar sempadan itu antara Malaysia dan Thailand.

Sebelum ini penduduk kedua-dua negara boleh menikmati kemudahan bergerak sehingga dua kilometer tanpa menggunakan pasport atau pas sempadan pada hari minggu yang pernah dikuatkuasakan sejak 1993 hingga 2015.

41534598761_freesize-768x447.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...pekan-mati-sejak-pemansuhan-zon-aliran-bebas/
 
Back
Top
Log in Register