balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Tabiat mencatat nombor pin ATM pada kertas atau menggunakan nombor yang dekat dengan mangsa memudahkan penjenayah untuk mengeluarkan wang dalam akaun. - Gambar hiasan.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Tabiat mencatat nombor pin kad ATM pada kertas atau menulis di kad itu sendiri dengan alasan takut terlupa adalah kecuaian paling tinggi masyarakat yang mendorong kehilangan wang dalam akaun peribadi.
Selain itu, trend masyarakat hari ini yang gemar memilih nombor yang dekat dengan dirinya untuk dijadikan nombor pin turut memudahkan kerja penjenayah menyamun wang dalam akaun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan Koh Ah Tiam berkata, sebagai contohnya menjadikan nombor kad pengenalan, nombor telefon, tarikh lahir dan sebagainya dengan alasan mudah untuk diingati.
“Penjenayah mudah untuk kenal pasti nombor pin kad ATM mangsa, lebih-lebih lagi jika penjenayah itu kenal rapat dengan mangsanya.
“Biasanya masyarakat gemar meletak kad ATM bersama kad pengenalan, jadi apabila dompet mereka dicuri.. dalam tempoh singkat, penjenayah sudah boleh keluarkan wang dalam akaun mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Ah Tiam berkata, siasatan awal mendapati majoriti suspek yang terlibat dalam kes kekurangan wang dalam akaun merupakan individu yang paling hampir dengan mangsa termasuklah ahli keluarga terdekat dan rakan taulan yang sentiasa bersama dengan mangsa.
“Jangan terkejut.. kerana banyak kes melibatkan anak yang samun wang ibu bapa tanpa pengetahuan selain rakan rapat mangsa yang sentiasa bersama.
“Ini berpunca daripada sikap kecuaian mangsa itu sendiri kerana terlalu percaya dan mudah mendedahkan nombor pin kepada individu tersebut terutamanya melibatkan pengguna yang sudah berusia," katanya.
Tukar nombor pin
Kata beliau, pengguna yang berusia ini lebih gemar meminta tolong anak atau rakan taulan mengeluarkan wang dalam akaun tanpa berasa ragu menyerahkan kad ATM bersama nombor pin yang sepatutnya dirahsiakan.
Justeru, Ah Tiam menasihatkan pengguna kad ATM agar sentiasa mengubah nombor pin mereka bagi mengelak menjadi mangsa.
“Mungkin boleh tukar nombor pin setiap enam bulan sekali ataupun setahun sekali atau tempoh yang dirasakan sesuai kerana dengan langkah keselamatan yang diamalkan ini dapat menyelamatkan wang dalam akaun kita,” katanya.
Jelasnya lagi, pengguna yang suka menggunakan ‘e-banking’ juga turut terdedah risiko kehilangan wang dalam akaun peribadi.
“Pengguna yang suka berurusan menggunakan ‘e-banking’ termasuklah membeli-belah, membayar bil atau membuat pemindahan wang ke akaun ketiga mudah terdedah menjadi mangsa.
“Bagi pengguna yang gemar guna perkhidmatan bank yang disediakan atas alasan mudah dan cepat dinasihatkan agar sentiasa semak dengan bank tersebut bagi mengetahui status urus niaga keluar masuk wang milik kita,” katanya.
Jangan terpedaya
Masyarakat turut diingatkan agar jangan mudah terpedaya sekiranya menerima pesanan emel dan SMS atau perkhidmatan teknologi terkini daripada bank tertentu yang meminta mengemas kini biodata peribadi.
“Saya ingin tegaskan setakat hari ini pihak bank mengesahkan sebarang urusan dengan pelanggannya hanya melalui surat urusan rasmi yang dikeluarkan daripada bank.
“Jadi, sekiranya individu tersebut dihubungi selain daripada surat rasmi yang dinyatakan untuk keselamatan dinasihatkan agar menghubungi pihak bank terlebih dahulu sebelum mengikut arahan yang diberikan,” katanya.