BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Saiful akan didakwa pagi ini

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Wan Saiful akan didakwa pagi ini​



WAN Saiful hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk pendakwaan kes AMLA. FOTO Arkib NSTP.


WAN Saiful hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk pendakwaan kes AMLA. FOTO Arkib NSTP.

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini, dijangka untuk pendakwaan terhadap lebih 15 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM6 juta.



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu yang bersut hitam memasuki lobi mahkamah pada 8.20 pagi dan sempat menyapa petugas media yang merakam video dan gambarnya.
Harian Metro semalam melaporkan Wan Saiful akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Beliau dipercayai berdepan lebih 15 pertuduhan dengan nilai pengubahan wang haram dianggarkan RM6 juta.

Ahli Parlimen terbabit dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya semalam untuk diambil keterangan.

Difahamkan, seorang timbalan ketua bahagian parti politik sama juga akan dituduh atas kesalahan di bawah seksyen sama pagi ini.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan termasuk menerima Rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Mengikut pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.

Beliau juga juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai hingga 30 September 2022.
Disiarkan pada: Oktober 25, 2023 @ 8:51am
 

Mohamad Shafiq Abdul Halim

1 min ·


[10:12 pagi | Mahkamah Jalan Duta]
Pendakwaan kes AMLA terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan dilihat sangat gopoh apabila pendakwaraya (SPRM) tidak sempat menfilekan pertuduhan. Pendakwaraya memohon DNAA dihadapan Hakim Azura.
-Update Terkini-

1698200461569.png
 
tadi

Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8.20 pagi bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.
1f4f8.png
N. Kuvineshwaren | BERNAMA
#BernamaNews


 

Mohamad Shafiq Abdul Halim

1 min ·


[10:12 pagi | Mahkamah Jalan Duta]
Pendakwaan kes AMLA terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan dilihat sangat gopoh apabila pendakwaraya (SPRM) tidak sempat menfilekan pertuduhan. Pendakwaraya memohon DNAA dihadapan Hakim Azura.
-Update Terkini-

1698200461569.png

awalnya SPeRMa dah tembak peluru kosong
 
Ini ke contoh tataketolol yang boek?

tn kopirait, ni baru ada pertuduhan

Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram​

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

25 Oct 2023, 10:55am


272c3c7a-wan-saiful-wan-jan-251023.jpg


Wan Saiful Wan Jan sebelum ini didakwa dua pertuduhan berkaitan rasuah membabitkan projek Jana Wibawa.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah atas 18 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin.




Beliau dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda minimum RM5 juta, sekiranya disabitkan.

Sebelum ini, Wan Saiful menghadapi dua tuduhan yang berkaitan dengan inisiatif Jana Wibawa, satu rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional ketika itu untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa wabak Covid-19.


BERITA LANJUT MENYUSUL
 
1698213387876.png



Wan Saiful dapat DNAA, tapi hanya untuk 30 minit


Diterbitkan: Oct 25, 2023 1:16 PM

Dikemaskini: 1:16 PM



Ralat pada sistem komputer mahkamah menyebabkan pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendapat status dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, ia hanya untuk tempoh singkat 30 minit.

Pada permulaan prosiding mahkamah, berlaku kesilapan pada sistem komputer yang menyebabkan 18 pertuduhan terhadap pengubahan wang haram terhadap Wan Saiful tidak dapat dibaca.

Ia menyebabkan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi membuat keputusan DNAA sementara menunggu kes dipindah ke kamar mahkamah yang lain.




Pembebasan itu bagaimanapun hanya bertahan sebentar saja dan pertuduhan terhadap Wan Saiful dibacakan sekali lagi, kali ini di hadapan lain pula Suzana Hussin.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua pertuduhan.

Bercakap kepada pemberita selepas dituduh, anggota parlimen Tasek Gelugor mempersoal bagaimana semua itu boleh berlaku.

“Kalau sekiranya ini dirancang dengan baik, dilakukan dengan baik, saya rasa tak jadilah.
“Tak adalah sampai DNAA buat sebelum dituduh.

“Saya tak tahu ada orang lain pernah kena DNAA tanpa dituduh,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register