BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Raja Risau Tajaan Kahwin Ditarik Balik

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
wan%2Braja.jpg

Pelakon Wan Raja berharap tajaan yang diterima sebanyak RM200,000 bagi melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Yaya Maembong tidak ditarik pada saat-saat akhir.
Wan Raja, 37, berkata, walaupun yakin dengan penajanya iaitu Putree Bridal dan Wedding Studio, namun perasaan risau tetap membelenggu di fikiran apatah lagi ramai artis yang pernah ditipu oleh penaja-penaja yang tidak bertanggungjawab.

"Diakui perasaan itu memang timbul kerana maklumlah sebelum ini pun ramai artis yang mendapat tajaan perkahwinan larikan diri pada saat akhir.

"Tetapi Alhamdulillah setakat ini pihak penaja sentiasa mengemaskini setiap persiapan yang telah dibuat. Diharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Wan Raja dan Yaya bakal bernikah pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang.

Majlis resepsi akan berlangsung pada 14 Disember 2014 di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang.

Sementara itu, Wan Raja berkata, dia tidak sangka menerima tajaan yang besar memandangkan dia dan Yaya bukanlah selebriti popular.

"Asalnya kami nak buat majlis yang sangat sederhana. Tetapi majlis kami terus diubah kepada sebuah acara yang besar pula.

"Semua itu adalah sebab penaja yang kami terima. Rezeki orang kahwin agaknya...Hahaha. Alhamdulillah.

"Persiapan kahwin pun sudah hampir selesai dan hanya tinggal urusan menyiapkan beberapa dokumen yang perlu diselesaikan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wan Raja sedang sibuk dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan yang diarahkan oleh Edora Rahman, bagi slot Akasia, TV3.
 
xterkenal pun dpt taja rm200k
 
sapa yaya maembong?
cer tepek nk tgk..
 
rezeki kawen kerabat maembong. tak dapat sponsor pun, kawen jela sekadar yang mampu.

apa de hal kalau dah niat tu betul..

insyaAllah. selamat pengantin baru
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register