BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Walkalator perlu lebih banyak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mohd Akmal (kanan) bersama rakan-rakannya ketika di KLIA2 berkongsi gambar dengan Sinar Harian.


RATA-RATA pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 yang ditemui Sinar Harian menceritakan pengalaman terpaksa berjalan jauh di dalam balai pelepasan dan ketibaan di KLIA2.

Manakala, kebanyakan mereka menyatakan KLIA pula tidak mempunyai sebarang masalah, malah ada yang memuji mengatakan keselesaan di sana lebih bagus daripada mana-mana lapangan terbang yang pernah dikunjungi.

Bagi Wan Mohd Akmal Wan Mansor, kerja sebagai seorang guru di Sarawak menyebabkan dia sentiasa menggunakan KLIA dan KLIA2 ketika ingin pulang ke Semenanjung semasa cuti persekolahan.

“Perkhidmatan di KLIA amat bagus dan teratur di mana perkhidmatannya adalah yang terbaik selain senang untuk berurusan dari mula mendaftar masuk hingga berlepas.

“Tetapi sedikit kecewa dengan perkhidmatan di KLIA2 kerana terpaksa berjalan jauh untuk ke balai pelepasan selepas melalui pemeriksaan keselamatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohd Akmal berkata, mesin mendaftar sendiri (Self Check In) turut tidak berfungsi dan menyusahkan pengguna untuk beratur dan menunggu sedikit lama hanya untuk mendapatkan pas berlepas.

“Saya berharap agar perkhidmatan laluan pejalan kaki elektrik (walkalator) ditambah baik supaya kami tidak perlu lagiberjalan jauh, memandangkan KLIA2 lebih baik dan bagus daripada Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebelum ini,”
katanya.
Surau di balai pelepasan kecil

Tambanguntuk pulang ke kampung halaman hampir sama dengan tambang bas tetapi cuma dibezakan waktu perjalanan yang lama menyebabkan Faris Othman 24, memilih untuk menaiki kapal terbang.

Dalam siri tinjauan Sinar Harian, pemuda itu sudi menceritakan pengalamannya semasa menggunakan perkhidmatan di KLIA2yang mana jarak berjalan kaki yang jauh selepas melalui pemeriksaan keselamatan ke balai pelepasan antara perkara yang diberi perhatiannya.

“Jaraknya amat jauh dan memenatkan untuk kita berjalan kaki dan walkalator yang disediakan pula agak terhad. Kalau terlambat sudah pasti kita akan berlari. Keadaan ini menyusahkan terutamanya kepada yang berkeluarga.

“Selain itu surau di dalam balai pelepasan kecil dan terpaksa menunggu giliran untuk menunaikan solat,” katanya ketika ditemui di KLIA2, baru-baru ini.
Mesin bayaran pakir automatik jauh

Menurut seorang pengguna KLIA2 yang enggan dikenali berkata, perkhidmatan di KLIA2 amat memuaskan secara keseluruhannya cuma dia pernah menghadapi masalah kawasan parkir kenderaan.

“Parkir kereta yang disediakan sedikit mengelirukan kerana mesin bayaran automatik pakir hanya berada di dalam Gateway@KLIA2 sahaja dan tiada di tempat parkir mengikut aras.

“Kalau kita pakir kenderaan di kawasan yang jauh atau di hujung pasti menghadapi masalah. Apatah lagijika terlupa dan keliru di mana kita meletakkan kenderaan itu,” katanya ketika ditemui di KLIA2.

Menurutnya, dalam pada itu dia berpandangan, kurang papan tanda di kawasan pakir menyebabkan dia keliru dan pernah mencari kereta melebihi 15 minit dan kemudian terpaksa mencari mesin bayaran auto pakir semula.

“Bukan saya saja ketika itu, ada juga pak cik dan mak cik yang sama keliru mencari kereta dan terpaksa berjalan jauh untuk mencari kenderaan mereka.

“Oleh itu, saya harap pihak pengurusan dapat menyediakan mesin bayaran auto di setiap tingkat pakir kenderaan serta papan tanda yang lebih jelas supaya tidak susah dan mengelirukan orang ramai,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register