BTC USD 83,589.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajib pasang beg udara?!!!...

korang setuju ke psg beg udara?


  • Total voters
    0

oxygenO2

Legendary Member
gem
Messages
12,191
Joined
Apr 7, 2008
Messages
12,191
Reaction score
30
Points
120
Td aku tgk berite tv3,derang announce mulai thn depan wajib ade beg udara.So,ape pendapat korg semua?

Aku xsetuju,bkn murah nk psg.dan bkn semua kereta sesuai.bnyk kena modify kalau keta mmg xde beg udara nie...~X(~X(~X(
 
wajib pasang utk kenderaan lama ke wajib pasang untuk kenderaan baru yg akan dikeluarkan?...aku x tengok berita..
 
ntahla bro,aku bace yg kluar kt bawah tuhh..hehehe..xsmpt tgk semua..
 
keta baru aje kot. .. kalu diorang sponsor pasang aku on aje
 
berita penuh.

Semua kenderaan wajib dipasang beg udara tahun depan

21/01/2011 4:35pm


RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini. - Bernama
 
ala sama lah macam tali pinggang belakang tu..memula ajer pastu senyap...
 
Semua Kenderaan Diwajib Pasang Beg Udara Mulai Tahun Depan

RANTAU PANJANG, 21 Jan (Bernama) -- Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

"Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, Jumaat.

Menurutnya kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan tersebut sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.

Menurutnya hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar.
 
nmpk gaye kereta br...beg udara ade baik n buruk nyer gak..
 
bisnes bisnes. dah la semua cukai pun naik.
 
Back
Top
Log in Register