BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajarkah Bonus Raya?

megatterawis

Active Member
Messages
1,069
Joined
Aug 12, 2009
Messages
1,069
Reaction score
19
Points
30
SEPERTI biasa tuntutan bonus oleh kakitangan awam sudah mula kedengaran. Sudah ada kakitangan awam yang secara terus memohon daripada YAB Perdana Menteri sendiri melalui laman web 1Malaysia.Saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang akan mengepalai tuntutan bonus dari kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.Fenomena meminta bonus seolah-olah sudah menjadi agenda tetap baik di pihak CUEPACS mahupun setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun, mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.Bagi tahun ini ada yang mencadangkan pemberian bonus minimum RM1,000 dengan kaedah pembayaran secara berperingkat iaitu sebelum Hari Raya Puasa dan pertengahan Disember untuk tujuan perbelanjaan sesi persekolahan yang baru.Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, kita melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.Pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global malah diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.Kita percaya dalam senario ini pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi negara.Justeru adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan ini ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa, kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah di samping mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan.Sambutan Hari Raya Puasa tahun ini agak awal berbanding tahun-tahun sebelumnya yang sekali gus mendepani tarikh pembentangan Bajet 2011 yang dijadualkan pada 23 Oktober ini.Ini sekali gus mula merisaukan semua penjawat awam apakah berpeluang untuk menikmati bonus lebih awal (jika ada) berbanding perlu menunggu sehingga pembentangan bajet kelak.Pada masa yang sama, sebagai kakitangan awam yang bertanggungjawab dan setia kita juga wajar bertimbang rasa dan berfikiran rasional pada saat-saat yang getir sebegini. Sememangnya ekonomi global tidak begitu memberangsangkan maka eloklah kita tidak terlalu mendesak pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut dan cuba hindari budaya meminta dan mengharapkan balasan.Apa pun kita berharap pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran semasa dalam membuat keputusan.Bagi perjawatan awam, pemberian bonus adalah wajar dan sangat diperlukan namun bagaimana pula kewajaran di pihak kerajaan?
 
Last edited:
Kira boleh la tue,.. :D
Kan kerajaan JIMAT byk $$$$
utk 5 barang yg dinaikkan harga...

Bagi rakyat bonus utk bulan raya saja
pun takkan tak boleh kot... :p

P/s : bukan aku makan gaji pon.. :)
 
aah kasi jeaa..drp dok bazirkan duit rakyat baik kasi bonus kt rakyat ni
 
bagi jela bonus tu..sian kat depa nak raya jugak...
 
nak bagi..bagi..tak nak kasi pon..ade aku kesah...
 
Bukan ke Kerajaan kata ekonomi berkembang baik...baru-baru ni pun gabenor Bank Negara announce KDNK naik 8.9%...

so memang patut bagi bonus kali ni
:)
 
staf gomen je ke..yg lain ni pun nk beraya gak..
 
Bukan ke Kerajaan kata ekonomi berkembang baik...baru-baru ni pun gabenor Bank Negara announce KDNK naik 8.9%...

so memang patut bagi bonus kali ni
:)

Betul2.. PM Kata de pningkatan ekonomi thun ni..

So kasik la bonus, asyik2 kroni2 je dpt 'BONUS' kan..kan..kan.. :">
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register