BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajah sebenar Lady Gaga

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_10.1.jpg

WAJAH sebenar Lady Gaga (kiri) jauh berbeza semasa dia berada di pentas (kanan).

New York - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga suka menampilkan imej seksi dan berahi di atas pentas namun tidak ramai yang tahu wajahnya yang sebenar, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu menyiarkan wajah sebenar Lady Gaga yang namanya Stefani Germanotta tanpa mekap dan pakaian seksi.

Gambar itu menunjukkan wajah Lady Gaga jauh berbeza jika dibandingkan semasa dia memakai mekap dan berpakaian seksi.

Lady Gaga lahir daripada sebuah keluarga yang mempunyai nilai-nilai baik

Penyanyi lagu Just Dance itu mula belajar bermain piano semasa berusia empat tahun dan belajar di sekolah persendirian Covent of the Sacred Heart.

Selebriti terkenal, Paris Hilton pernah belajar di sekolah itu.

Semasa berusia 17 tahun, Lady Gaga diterima memasuki program muzik di New York dan mula menulis lagu pertamanya ketika berumur 13 tahun.

Lady Gaga meminati lagu klasik ciptaan Beethoven dan falsafah.

Adakah dia terlalu bijak untuk menjadi seorang bintang pop? - Agensi
 
ok jgk apa kalau tak mekap...hehehe
 
comel la..i suka..
 
Semasa berusia 17 tahun, Lady Gaga diterima memasuki program muzik di New York dan mula menulis lagu pertamanya ketika berumur 13 tahun.

Patut wartawan ni tulis "Lady Gaga mula menulis lagu pertamanya ketika berumur 13 tahun dan semasa berusia 17 tahun, Lady Gaga diterima memasuki program muzik di New York."

yapada punya turrr daaaa. :D
 
pesal la die suke dress pelik2..
 
Back
Top
Log in Register