rijal2009
Marked as Scammer, (until issue resolved)
- Messages
- 9,169
- Joined
- Jul 8, 2009
- Messages
- 9,169
- Reaction score
- 286
- Points
- 81
2010/06/08
AMPANG: Angkara penjenayah durjana cuba melarikan diri seorang pelajar perempuan menderita dan terlantar di hospital apabila patah tangan serta menerima 100 jahitan di muka.
Dalam kejadian Jumaat lalu, pengedar dadah terbabit merempuh kereta dinaiki Nur Amirah Mohd Azni, 17, ketika pelajar tingkatan lima sekolah Menengah Teknik Setapak itu dalam perjalanan ke sekolah.
Ekoran kejadian pada jam 7.15 pagi itu juga, Nur Amirah terpaksa menangguhkan kertas peperiksaan kimia di sekolahnya, sekali gus menjejaskan persiapannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Akibat kemalangan ini, saya tercicir dalam pelajaran. Mujurlah, sekarang cuti sekolah tetapi pelajaran saya tetap terjejas kerana saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan,” katanya ketika ditemui di wad ortopedik Hospital Ampang di sini, semalam.
Nur Amirah berkata, ketika kejadian dia tertidur dalam kereta dipandu bapanya, Mohd Azni Abdul Aziz, 46, namun tersedar apabila bapanya membunyikan hon sebelum disusuli dentuman kuat di bahagian depan kereta Iswara dinaiki mereka.
“Saya seperti bermimpi dan tidak dapat melihat dengan jelas keadaan bapa ketika itu, apatah lagi muka saya berlumuran darah. Saya hanya tersedar selepas tiba di hospital,” katanya.
Ibunya, Nor Ashikin Sharani, 49, berkata dia menerima berita kemalangan selepas menghubungi telefon bimbit suaminya yang tidak pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah.
“Hampir setengah jam menunggu, suami tidak pulang menyebabkan saya menghubungi telefon bimbitnya tetapi terkejut apabila seorang doktor memberitahu, suami terbabit kemalangan dan kritikal,” katanya.
Mohd Azni koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pendarahan di kepala dan perut selain patah tulang rusuk, paha, dan buku lali.
Difahamkan, mangsa tersepit di tempat duduknya kerana perlanggaran kuat dan bakal mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Dalam kejadian Jumaat lalu, pengedar dadah berusia 27 tahun terbabit memandu kereta Proton Wira dari arah Lebuhraya Karak-Gombak ketika dikejar polis hampir 15 kilometer. Dia kemudian ditahan dan polis merampas 41 peket heroin jambu seberat 74 gram dan satu peket syabu seberat 0.5 gram bernilai RM7,600 daripadanya.