BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waitankung bukan sembarang lembut

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Kuala Terengganu: Biasanya senaman di gimnasium atau joging di taman rekreasi menjadi pilihan ramai untuk mengekalkan kesihatan, tetapi sejak akhir-akhir ini senaman Waitankung kian diminati masyarakat Melayu biarpun ia sinonim dengan masyarakat Cina.

Senaman Waitankung yang berasal dari Taiwan berasaskan kepada teknik dan teori tradisional Cina yang boleh mendatangkan manfaat kepada kesihatan.

Diasaskan Ali Chang Chih-tung, pergerakannya yang perlahan, berirama dan lembut berbeza dengan senaman taici yang memang kerap dilihat di kawasan terbuka oleh masyarakat Cina di negara ini.

Ketua Jurulatih Latihan B Waitankung Terengganu Fatimah Muhamad berkata, senaman itu tidak menggunakan banyak pergerakan agresif, tetapi banyak gerakan perlahan dan lembut namun mempunyai impak terhadap sistem kardiovaskular iaitu baik untuk jantung dan paru-paru.

“Gerakan lembut yang betul boleh melancarkan peredaran darah secara semula jadi malah meningkatkan pengambilan oksigen.

“Senaman ini juga secara langsung dapat menghilangkan tekanan dan membuatkan kita cergas serta mencegah osteoporosis,” katanya ketika ditemui di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Wei Sin, di sini, baru-baru ini.

Fatimah berkata, dia menyertai dan mengamalkan senaman itu sejak 20 tahun lalu dan ternyata kesihatannya kekal berada pada tahap yang terbaik.

“Pada peringkat permulaan menyertai senaman ini memang akan berasa bosan seolah-olah ia tidak mendatangkan kesan tetapi selepas menguasai teknik dan pergerakan yang betul, ia akan memberi kesan positif kepada kesihatan,” katanya.

Mohd Akib Ismail, 68, dari Kampung Chendering, di sini, berkata, dia sudah lama meminati senaman unik itu tetapi tidak berpeluang menyertainya kerana sibuk bekerja.

“Selepas bersara daripada guru, saya mula mengikuti senaman ini dan hasilnya kesihatan semakin baik malah tekanan darah tinggi yang agak serius sebelum ini semakin pulih dan tidak lagi berada pada tahap membimbangkan.

“Sepatutnya lebih ramai orang Melayu menyertai senaman ini biarpun ia senaman masyarakat Cina.


Pergerakannya tidak selincah senaman lain tetapi kesannya terhadap kesihatan sangat baik,” katanya.

Noor Fatihan Ahmad Nari, 21, dari Kampung Pasir Panjang, di sini, pula berkata, senaman Waitankung itu menyebabkan dia gemar bersenam dan penyakit asma yang dihidapinya sejak kecil sebelum ini bertambah baik.

“Pada mulanya berasa pelik juga menyertai senaman ini maklumlah Waitankung banyak diamalkan golongan berusia.

Tetapi selepas seminggu mengikuti latihan saya semakin seronok.

“Senaman ini tidak meletihkan badan seperti senaman lain sebaliknya ia mampu memberi kesan yang baik kepada kesihatan sama seperti senaman lain,” katanya.

pix_gal1

Foto
ANTARA peserta melakukan senaman Waitankung di SJK(C) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Waitankungbukansembaranglembut/Article/index_html
 
pelik namenye..haha


***ramai melayu ye sekolah ni
 
wa suka 'taichi' woo..hari2 mesti ada 'taichi' dekat opis woo...
 
Rajin2 banyakkan solat sunat x perlu nk senaman pelik2. Moga aku & kita semua diberi kekuatan insyaallah.
 
Back
Top
Log in Register