BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wabak H7N3 menular di Mexico

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


MEXICO CITY - Mexico mengisytiharkan darurat terhadap status kesihatan haiwan selepas 1.7 juta haiwan ternakan dijangkiti wabak selsema burung.

Kementerian Pertanian dalam kenyataan memberitahu, lebih separuh ayam dan itik dijangkiti virus itu mati dan dimusnahkan.

"Kami terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas kesihatan haiwan bagi mengawal, mencegah dan membasmi virus Type A, selesema burung Sub-Type H7N3," menurut kenyataan itu.

Kumpulan pegawai kesihatan Mexico kini dalam keadaan berwaspada bagi mengelak berulangnya wabak H1N1 yang pernah menyebabkan kematian 17,000 manusia.

Terkini, virus dikesan di Mexico adalah H7N3, yang berpotensi mengakibatkan manusia dijangkiti.

Wabak berkenaan mula dikesan pada 20 Jun lalu dengan dua juta ternakan telah dijangkiti.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/global/wabak-h7n3-menular-di-mexico-1.63493
 
aritu pun H1N1 berasal dari Mexico..
 
Wabak ni lagi merbahaya dari wabak yg sebelumnya.
 
uiks..da sampai H7 da...aritu h1 je..
 
susah ni..kena jaga2 dengan tourist ataupun yang baru balik dari mexico
 
makin menular lak virus sekarang nie...bahaya....
perlu sedar kita sebagai umat islam....
 
Back
Top
Log in Register