BTC USD 83,033.1 Gold USD 4,191.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

((Vote)) Siapa Juara - N9 vs Kedah

Siapa Juara Piala FA 2010


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

mat brek

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
113
Joined
Apr 9, 2010
Messages
113
Reaction score
0
Points
10
bsepak akhir piala FA. korang sokong mane? hanya vote je.
 
eden org nogri..mestilah nogori monang...sapo laie org esei..
 
dah ado la thread final FA......

apo2 hal pun.....HOBIN JANG HOBIN :)paid:)paid:)paid
 
su_01.1.jpg
 
NS Mahu Juarai Piala FA

NEGERI Sembilan hanya ada satu misi pada perlawanan akhir Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Mereka hanya mahu menang, sekali gus muncul juara Piala FA edisi 2010 ini.

Untuk merealisasikan hasrat tersebut, skuad Hoben Jang Hiben ini tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan mereka mahu berjuang habis-habisan dengan nekad 'apo nak jadi-jadilah, den nak monang' biarpun pasukan lawan dilihat pilihan pada perlawanan akhir ini.

Kejayaan menumbangkan Selangor dalam saingan separuh akhir lalu membuatkan Negeri Sembilan optimis untuk menjulang piala tersebut seperti yang telah mereka buktikan di stadium yang sama ketika menjulang Piala Malaysia musim lalu menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir.

Bagi memastikan gawang Negeri Sembilan tidak dirobek, penjaga golnya, Sani Anuar Kamsani sudah bersedia dan tidak rela dibolosi lawan.

Dia yang menggantikan penjaga gol utama, Mohd. Farizal Harun akibat kecederaan berkata: "Saya akan mempertahankan gawang ini dalam tempoh 90 minit permainan. Ini adalah amanah paling besar, bukan sahaja kepada peminat tetapi maruah Negeri Sembilan.

"Ini peluang keemasan untuk skuad Negeri Sembilan membawa pulang Piala FA dan saya akan pastikan impian itu tertunai."

Jelasnya, pertemuan malam ini disifatkan penting dan ia adalah misi menebus kekecewaan pada Piala FA musim lalu yang menyaksikan mereka tersingkir di separuh akhir.

Sementara itu, ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya pula menjelaskan, debaran sememangnya dirasai oleh semua pemain lebih-lebih lagi apabila turun beraksi pada perlawanan akhir.

Begitupun katanya, ia tidak akan menjejaskan konsentrasi dan menanam tekad untuk menjulang Piala FA.

Bagi pemain sensasi pasangan kembar Zaquan Adha Abd. Razak dan Aidil Safuan berkata, mereka akan memastikan piala tersebut menjadi milik Negeri Sembilan.

"Saya tidak mahu untuk menetapkan jumlah jaringan, tetapi misi utama kami adalah untuk menang," kata Zaquan.
 
Back
Top
Log in Register