BTC USD 84,681.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

-----------void-----------

sebenarnya amalan zikrullah ini sebenarnya nak menyucikan hati.. hati ni ibarat cermin yg berkilat. fungsi dia sebenar2nya adalah utk memancarkan cahaya dari ilahi. Tahap kita manusia yg sentiasa berada dalam kemaksiatan, kerosakan, dan sentiasa berbuat dosa, menggelapkan cermin ini dan menjauhkan diri kita utk dekat kepada-NYA..(bacalah kitab SIRR Al-ASRAR karangan Waliyullah Syeikh Abdul Qadir Jalani)utk mendalami fungsi hati kita sebenarnya).

Sebenarnya video tu rakaman dari org yg mengamalkan tariqah (jalan). Kita yg org luar ni, takkan tau atau dapat merasakan kenikmatan zikrullah. So, kalau sesorang yg tak mendalami ilmu tariqah, baik jgn berkata apa2. Kerana ketika berzikir, mereka semua berada dalam keadaan mabuk terhadap Allah. Hanya mereka yang melalui tariqah saja tau kenikmatan berhadapan dengan Allah.

So, selalu tariqah ni mesti dipimpin seorang ketua (Masyaikh atau guru Mursyid) yg akan memimpin anak2 buah dia takut lari dari landasan. Dan tariqah ni perlula bersanad yg berhubung sampai ke Rasulullah. Kalau tak bersanad, ditakuti ia amalan2 dan bisikan2 dari syaitan dan iblis laknatullah. Masyaikh / Mursyid ni yg akan memimpin dan memantau hati anak2 murid dia dan dia dpt tau/nampak setakat mana kesan zikrullah kepada hati anak2 murid dia..kalau zikir tu belum ada kesan lagi, ditambah pembacaan zikir tersebut atau ditambah zikir2 yg lain sampai ke satu tahap yg hati dia hidup kembali

Fungsi zikir sebenarnya nak bersihkan hati je, agar kita dpt cahaya dari ilahi. Apa jua penyakit (batin) adalah datang dari hati. itu macam selalu rase naik angin je, nak memaki je, susah nak bagun solat subuh, dengki dsb, adalah penyakit dari hati. Hati tu dah takde ruang utk dpt hidayah dari Allah SWT. Ruang dah penuh dgn sarang2 syaitan & iblis. Bile hati bersih, sentiasa ingat Allah insyaAllah hidup akan lebih bermakna.

Kalau korang kate sesat, korang gi la daru syifa bangi setiap malam isnin (kalau xsilap) ada majlis zikir anjuran Tn Guru Dato Dr Harun Din. Zikir beramai2 antara jemaah perawat2 darus Syifa. Maafla, jgn senang menuduh sesuatu kumpulan jemaah tu sesat mcm yg dilakukan wahabi. org2 wahabi, mmg suka menuduh ahli2 sufi ni sesat lagi bidaah. Ingat, dalam menjadi umat islam perlu ada 3 bahagian;
1. Iman (Usuluddin)
2. Islam (Feqah)
3. Ihsan (Tasawwuf)

Org2 tasawwuf la yg hati dia sentiasa berzikir kpd Allah, mengigati Allah tak kiralah ketika berbaring, duduk atau sebagainya.

Apabila sampai suatu tahap zikrullah ni sebati dgn roh & jasad, apabila dia mati esok, seolah2 hati dia masih hidup sambil berdegup2 berzikir dgn Allah sebab semua organ2 dia dah jadi sebati dgn zikrullah.

berbalik kepada video tu, pada permulaan mmg diharuskan zikir yg kuat, sebab ape? sebab permulaan, hati itu keras..sukar nak pecahkan noda dan dosa yg berselaput dihati tu. Fungsi zikir yg kuat ialah utk mendapatkan/menanamkan/mendatangkan kalimah Allah betul2 di dalam hati. Selepas bebrapa amalan zikrullah, hati tu dah serasi dgn kalimat2 Allah, barulah dia boleh berzikir di dalam hati..

hidupkanlah hati kita dgn sentiasa zikrullah...
 
Last edited:
zikir tahap lazat? zikir beramai2 dgn suara2 lantang? lazat sampai spt hilang kawalan diri? 'mengingati' Allah sampai spt org gila & menari2 spt bukan manusia?..sesungguhnya Rasullullah SAW merupakan manusia yang paling 'complete' zikir nya kpd Allah tetapi tidak akan 'berdzikir' spt video2 yg disertakan..sahabat2 Rasullulah juga tidak akan beribadat spt itu...kebatilan yang nyata merupakan 'statement' yg tepat utk perkara2 sebegini...

maaflah, org yg xdpt merasakan kenikmatan berzikir tu maksud dia hati dia belum hidup lagi..takde rasa "SIRR" ketika berzikir...
ataupun mungkin sambil berzikir, hidup masih ternoda lagi..sebelum zikir, ada adab2 dia..kalau takde adab2 dia, mmg takkan rasa kenikmtan dia..pegila cari guru utk mendatangkan kenikmatan ketika berzikir..
 
sebenarnya amalan zikrullah ini sebenarnya nak menyucikan hati.. hati ni ibarat cermin yg berkilat. fungsi dia sebenar2nya adalah utk memancarkan cahaya dari ilahi. Tahap kita manusia yg sentiasa berada dalam kemaksiatan, kerosakan, dan sentiasa berbuat dosa, menggelapkan cermin ini dan menjauhkan diri kita utk dekat kepada-NYA..(bacalah kitab SIRR Al-ASRAR karangan Waliyullah Syeikh Abdul Qadir Jalani)utk mendalami fungsi hati kita sebenarnya).

Sebenarnya video tu rakaman dari org yg mengamalkan tariqah (jalan). Kita yg org luar ni, takkan tau atau dapat merasakan kenikmatan zikrullah. So, kalau sesorang yg tak mendalami ilmu tariqah, baik jgn berkata apa2. Kerana ketika berzikir, mereka semua berada dalam keadaan mabuk terhadap Allah. Hanya mereka yang melalui tariqah saja tau kenikmatan berhadapan dengan Allah.

So, selalu tariqah ni mesti dipimpin seorang ketua (Masyaikh atau guru Mursyid) yg akan memimpin anak2 buah dia takut lari dari landasan. Dan tariqah ni perlula bersanad yg berhubung sampai ke Rasulullah. Kalau tak bersanad, ditakuti ia amalan2 dan bisikan2 dari syaitan dan iblis laknatullah. Masyaikh / Mursyid ni yg akan memimpin dan memantau hati anak2 murid dia dan dia dpt tau/nampak setakat mana kesan zikrullah kepada hati anak2 murid dia..kalau zikir tu belum ada kesan lagi, ditambah pembacaan zikir tersebut atau ditambah zikir2 yg lain sampai ke satu tahap yg hati dia hidup kembali

Fungsi zikir sebenarnya nak bersihkan hati je, agar kita dpt cahaya dari ilahi. Apa jua penyakit (batin) adalah datang dari hati. itu macam selalu rase naik angin je, nak memaki je, susah nak bagun solat subuh, dengki dsb, adalah penyakit dari hati. Hati tu dah takde ruang utk dpt hidayah dari Allah SWT. Ruang dah penuh dgn sarang2 syaitan & iblis. Bile hati bersih, sentiasa ingat Allah insyaAllah hidup akan lebih bermakna.

Kalau korang kate sesat, korang gi la daru syifa bangi setiap malam isnin (kalau xsilap) ada majlis zikir anjuran Tn Guru Dato Dr Harun Din. Zikir beramai2 antara jemaah perawat2 darus Syifa. Maafla, jgn senang menuduh sesuatu kumpulan jemaah tu sesat mcm yg dilakukan wahabi. org2 wahabi, mmg suka menuduh ahli2 sufi ni sesat lagi bidaah. Ingat, dalam menjadi umat islam perlu ada 3 bahagian;
1. Iman (Usuluddin)
2. Islam (Feqah)
3. Ihsan (Tasawwuf)

Org2 tasawwuf la yg hati dia sentiasa berzikir kpd Allah, mengigati Allah tak kiralah ketika berbaring, duduk atau sebagainya.

Apabila sampai suatu tahap zikrullah ni sebati dgn roh & jasad, apabila dia mati esok, seolah2 hati dia masih hidup sambil berdegup2 berzikir dgn Allah sebab semua organ2 dia dah jadi sebati dgn zikrullah.

berbalik kepada video tu, pada permulaan mmg diharuskan zikir yg kuat, sebab ape? sebab permulaan, hati itu keras..sukar nak pecahkan noda dan dosa yg berselaput dihati tu. Fungsi zikir yg kuat ialah utk mendapatkan/menanamkan/mendatangkan kalimah Allah betul2 di dalam hati. Selepas bebrapa amalan zikrullah, hati tu dah serasi dgn kalimat2 Allah, barulah dia boleh berzikir di dalam hati..

hidupkanlah hati kita dgn sentiasa zikrullah...

nice info.. thanks.. banyak perkara kita xtau lagi ni..
 
tiada kata2 yg boleh diungkap ttg kelazatan berzikr ni... apa org nak kata, kata la... biarpun org menuduhnya sesat, bid'ah mahupun kafir sekalipun... aku berasa nikmat dan tenang sekali berada di dlm muraqabah dan musyahadah... nikmat muraqabah dan musyahadah ini takde pada org alim sekalipun melainkan dgn berzikr juga... zikr darojat ini terbahagi dua iaitu zikr jahr dan zikr sirr... kalau taknak yg jenis melompat dan menari pilihlah zikr sirr dan ambil la ia dari ahlinya (secara bai'at talqin).
 
Zikir jahr ni adalah zikir dengan getaran kotak suara di kerongkong yang menghasilkan suara yang dapat didengar oleh orang di sekeliling..
Zikir dengan gerakan lidah dan bibir yang menghasilkan suara perlahan disebut sebagai zikir sirr..

apa2 pun...

iman (usulludin ) itulah asasnya/foundationnya..islam (feqah /syariat) itulah tiangnya..ihsan (tasawwuf) itu bumbungnya.. kene ada ketiga2 ni barulah sempurna kita sebagai muslim dan hamba-NYA..

- bila hati dah bersih dan hidup, insyaAllah segala suruhan Allah dpt dilaksanakan dgn tenang dan tanpa riak, ujub dah takbur..
- bila hati bersih dan terbuka segala hijab2, insyaAllah rezki dan ilmu dari Allah terus menerus dipancarkan ke hati kita dan hidup kita..

dalam jasad manusia ada 7 titik nafsu semuanya..manusia yg hina dan ternoda dgn dosa & maksiat bertaraf nafsu ammarah (baran)..hanya dgn zikrullah dpt menyucikan hati kita nafsu tersebut insyaAllah usaha berterusan mencari keredhaanNYA dapat meningkatkan makam nafsu;

1) ammarah - tingkat nafsu yg paling jahat. sentiasa dan seronok dgn maksiat
2) lawammah - nafsu yg selalu mengkritik atau mencela diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa atas dirinya. Contoh bile terlepas solat, slalu memarahi diri sendiri. Nafsu jenis ni boleh kembali semula ke peringkat nafsu terendah (amarah)
3) mulhamah - Tiada lintasan2 kotor atau was2 syaitan lagi, sebaliknya malaikat atau Allah mengilhamkan kebaikan pada hatinya.
4) mutmainnah - Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yg telah mula mendapat keredhaan Allah dan ia telah layak memasuki syurga
5) radhiah - sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dgn Allah
6) mardiah - hati dan jiwanya sudah sebati dgn Allah
7) Kamillah - peringat nafsu yg tertinggi dan mulia dikalangan martabat nafsu2..

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

Takutilah akan firasat org mukmin, bahawasanya org2 mukmin itu melihat dgn nur Allah (petunjuk Allah SWT)..Riwayat At-Tirmizi

semoga kita mendapat cahaya hidayah dari Allah S.W.T.

sekadar berkongsi..
 
Zikir jahr ni adalah zikir dengan getaran kotak suara di kerongkong yang menghasilkan suara yang dapat didengar oleh orang di sekeliling..
Zikir dengan gerakan lidah dan bibir yang menghasilkan suara perlahan disebut sebagai zikir sirr..

sekadar berkongsi..

takrif zikr sirr yg saudara komenkan di sini perlu diperhalusi lebih dalam lagi.. walaubagaimana pun terima kasih di atas respon saudara itu.

sedikit penambahan : penghujung segala tariqat ialah syariat itu sendiri, brgsiapa yg meninggalkan syariat kerana bertareqat maka itu
bukanlah jalan yg sebenar.
 
maafkan saya tuan..zikir sirr (khafi)tu pemahaman saya zikir yg perlahan yg hanya didengari kita sendiri..lidah bergerak tapi berbunyi didalam hati..jauh kedalam sudut nurani..seolah2 hanyut dan mabuk mendegar kalimat Allah di dalam hati..

maafkan saya yg baru nak belajar..kalau salah sila perbetulkan..
 
tak ngapa saudara bukan salah apa pun cuma kupasan zikr sirr itu tak cukup mendalam tu saja... sebenarnya berzikr itu hendaklah bermula pada Latifatul-Qolbi atau lebih dikenali sebagai hati sanubari... zikr tersebut tidak lagi bersebut mahupun berbunyi di lidah... hendaklah didengarkan ALLAH ALLAH ALLAH pada hati sanubari tersebut sehingga ia boleh didengari dgn sendirinya tanpa kita mengusahakannya lagi... apabila hati sudah mulai hidup dgn zikr maka tak hairan seluruh tubuh badan kita juga akan turut berzikr... pada ketika itu bukan sahaja zikr ini boleh didengari malah boleh dilihat dan dirasai.... usahakan insyaALLAH
 
saya menyokong tuan :)
 
Back
Top
Log in Register