BTC USD 84,603.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

-----------void-----------

Assalamu'alaikum n salam 1 dunia,

Sudah lama ku mencari
ilmu Yang Hakiki
Akhirnya ku temui
tapi bukan di sini

Sudah lama ku mencari
mursyid yang sejati
akhirnya ku temui
tapi bukan yang difahami

telah ku temui yang berjubah dan berserban
telah ku temui profesor dan cendikiawan
telah ku temui yang alim bercakap dunia akhirat
telah ku temui allamah ustad dan hafiz Quran
yang ku temui hanyalah luaran

yang mursyid sukar dijangka
bukan menyamar itulah kenyataan
ilmunya bukan di dada bukan hafalan bukan kajian
guru makrifat murid pun makrifat
itulah yakin bukan ikutan

Sudah lama ku mencari
tapi tidak mengetahui apa yang dicari
Akhirnya ku temui pencarian yang hakiki
bukan di sini bukan yang difahami

Aku di sini hanya sementara
melihat gelagat permainan manusia
tidak akan hanyut bersama mereka
kerana halatujuku dan mereka tidaklah sama

yang mencari perlu menyata
yang mengharap perlu meminta
yang didapat adalah rahsia
terbuka apabila dibuka
 
Back
Top
Log in Register