BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Vivian-Khe Wei pamer taring

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
Lakar kejutan juarai Terbuka Indonesia di Kalimantan Timur

PASANGAN muda wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei membuktikan mereka memiliki potensi untuk menakluk dunia dan menjadi sandaran masa depan apabila melakar kejutan dengan menjuarai Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan Timur, semalam.

Gandingan itu yang mara pertama kali ke final jelas tidak melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi mahkota kejuaraan sulung mereka dengan mengejutkan gandingan China yang juga juara Terbuka Jepun, Bao Yixin-Zhong Qianxin 19-21, 21-19, 21-18 selepas bertarung 1 jam 15 minit.

Vivian, 21, dan Khe Wei, 22, yang baru digandingkan lima bulan lalu dan menduduki ranking ke-60 dunia pernah mara ke separuh akhir Terbuka Thailand pada Jun dan Terbuka Taiwan bulan lalu, selain ke suku akhir Terbuka Vietnam, Ogos lalu.

“Walaupun tewas set pertama tetapi gandingan itu bangkit dengan mempamerkan corak permainan menyerang dan bertahan dengan baik pada set kedua serta penentuan sekali gus membantu mereka menundukkan lawan.

“Vivian-Khe Wei sangat gembira tetapi saya pantas mengingatkan mereka supaya tidak dibuai dengan kejayaan itu kerana masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan bagi meningkatkan dan memantapkan permainan mereka.

“Mereka akur dan berjanji menjadikan kemenangan di sini sebagai satu permulaan untuk meneroka dan memburu lebih banyak kejuaraan,” kata jurulatih Chong Kien Ling ketika dihubungi di Kalimantan Timur.

Sementara itu, ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky yang berbangga dengan kejayaan pasangan itu menyifatkan ia adalah hasil kerja keras dan tidak kenal erti putus asa selain bakat semula jadi yang dimiliki gandingan itu.

Dalam final perseorangan lelaki yang menemukan dua pemain tuan rumah, Dionysius Hayom Rumbaka yang juga pilihan kelapan menang selepas menundukkan anak bekas legenda Indonesia Icuk Sugiarto, Tommy Sugiarto yang juga pilihan ketujuh 21-16 21-17 dalam tempoh 37 minit.
 
bagus la..
juga peningkatan.. tp jgn hangat2 taik ayam dah le
mula2 je panas pastu sejuk balik
 
rexy latih dabel pompuan muda..terbaik..
 
jgn besar kepala sudah...cakap jurulatih tak sesuailah....
last sekali keparit...
yg pentg dgn cakap jurulatih..
 
power tol..

rexy ngajor..musti terer punye..
 
apa dah jadi dgn dble n single mlysia?
tak update plak..
 
Back
Top
Log in Register