BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

VIP bergelar Datuk maut dalam kebakaran

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SHAH ALAM – Seorang VIP bergelar Datuk dilaporkan maut di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur selepas kediamannya terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa, Datuk Dr Muhamad Ali Mahfuz Ali, 88, ditemui di bahagian tepi ruang tamu oleh anggota polis pencegahan jenayah (RCJ) yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

Menurut sumber, apabila sampai di tempat kejadian, anggota RCJ telah memotong kunci mangga pada gril pintu hadapan dan selepas pintu dibuka dapati berlaku kebakaran pada bahagian tepi ruang tamu di mana mangsa turut terbakar bersama.

Isteri mangsa yang berada di tepi pintu utama rumah telah berjaya dibawa keluar.

Sementara itu, mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk urusan bedah siasat.
 
Takziah....semoga Allah merahmati Allahyarham.
 
Takziah kepada keluarga.

Rumah TTDI ni memang harga juta2.
 
ttdi jaya ke ni
tajuk kat shah alam
 
bila kebakaran, kebanyakan besi boleh terkembang akibat panas, so nak bukak kunci jadi susah atau tak berjaya..wallahualam...
 
Back
Top
Log in Register