BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

video

hehehe harap-hrapny macam tuee la hendaknya

kalau betul2 nak JV mai la jumpa aku...payah sembang online2 sms call nie...leh bawa pi tengok cantre nanti :D
 
Petang nie meeting ngan 1 pengetua sekolah...harap2 lekat ler 1st seminar :)
 
10,000 – 3795 = ?
Tentu anak anda akan mula mencari pen atau pensel dan mula melakukan teknik sifir tolak secara tradisi yang diajar di sekolah? Atau yang celik IT, mula keluarkan handphone masing-masing dan mula mengira menggunakan kalkulator yang sedia ada di dalam handphone mereka.

Tetapi anak anda hanya perlu melihat dan terus boleh memberikan jawapan kepada anda dengan cepat dan tepat.

Bagaimana? mari lihat di bawah:

Kita akan secara mudah lakukan formula sifir tolak dengan nombor 9 kepada setiap nombor yang berada di sebelah kanan dan nombor terakhir ditolak dengan nombor 10.

3795 = (9-3)(9-7)(9-9)(10-5)
Jawapannya = 6 2 0 5
 
Tak faham? Lihat satu lagi contoh:

1000 – 374 = ?
Seperti di atas, tolakkan dengan 9 nombor 3 dan 7, kemudian tolakkan dengan 10 nombor terakhir iaitu 4 :

374 = (9-3)(9-7)(10-4)
Jawapannya = 6 2 6
 
Bagimana pula sekiranya begini:

1000 – 37 =?
Disebabkan angka yang akan ditolak dengan 1000 hanya ada 2 angka sahaja maka hendaklah ditambah angka 0 di hadapannya:

maka 37 = 037
037 = (9-0)(9-3)(10-7)
Jawapannya = 9 6 3
 
Mudah bukan? Tetapi ingat, formula ini hanya akan berhasil apabila apa sahaja nombor yang ditolak dengan nombor seperti 10,100,1000,10000, dan seterusnya.

Cuba sekarang anda lakukan latih tubi berikut di bawah:

1. 1000 – 254 =

2. 10000 – 3567 =

3. 1000 – 369 =

4. 100 – 57 =

5. 1000 – 678 =

6. 10000 – 159 =

7. 1000 – 421 =

8. 10000 – 289 =

9. 1000 – 69 =

10. 10000 – 72 =

Jawapannya : (746,6433,631,43,322,9841,579,9711,931,9928)

Highlightkan mouse anda ke tempat kosong ini untuk mendapatkan jawapan.

Sekiranya anda dapat menjawab dengan betul kesemua soalan tadi, maka TAHNIAH, Anda telah MENGUASAI Rahsia Sifir Tolak ini!
 
Pelbagai perkara boleh kita perolehi sekiranya kita mengkaji, meneliti dan membuat eksperimen tentang sesuatu perkara tersebut. Berikut sebagai contohnya: Siapa sangka nombor-nombor ini seperti saling ada hubung-kait sesama sendiri bukan? Maha Hebat Ciptaan NYA, Subhanallah!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
​
 
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
​
 
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
​
 
Mantap eboss edjal berminat nieeeee
 
Back
Top
Log in Register