BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Video Tular Kenderaan Halang Laluan di R&R Ayer Keroh

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Video Tular Kenderaan Halang Laluan di R&R Ayer Keroh


Tindakan itu menyebabkan pergerakan kenderaan berat dan panjang terganggu. Dalam rakaman berkenaan, kelihatan sekumpulan orang awam bertindak mengalihkan kenderaan yang diparkir di laluan tersebut bagi melancarkan semula trafik.

Reaksi warga net bercampur-campur, ada yang mengecam tindakan orang ramai kerana mengalihkan kenderaan tanpa kebenaran, namun tidak kurang juga yang memuji usaha mereka demi kepentingan pengguna jalan raya. Ramai turut menyeru pemilik kenderaan supaya lebih berdisiplin dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan laluan yang boleh mengganggu aliran trafik.




 
26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Polis sedang menyiasat insiden membabitkan sebuah lori treler dipercayai melanggar tiga kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes kini disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.

“Kemalangan ini membabitkan sebuah lori treler dan tiga kenderaan persendirian. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh USLR Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu video kira-kira satu minit yang memaparkan tiga kenderaan diparkir di tepi jalan rosak, selepas dilanggar lori treler berkenaan ketika memasuki R&R tersebut.

 
359485-359485.jpg


Pemandu lori, bernama Wan yang terlibat dalam kejadian 'sagat' kereta di R&R Ayer Keroh akhirnya dedahkan apa yang berlaku. Katanya, dia bakal dikenakan tindakan sebab rosakkan harta awam.

"Orang bising suruh jalan, semua marah, belakang bersusun. Ada bas, orang tua, budak-budak", katanya dalam penjelasan tersebut.
 
14137568797180381-359573.jpg


Isu sagat kereta: Pemandu lori bakal kena tindakan kerana rosakkan harta awam

Pemandu lori yang dikenali sebagai Wan berkata, dia akan ke balai polis esok berhubung kejadian tersebut dan mendakwa dirinya bakal dikenakan tindakan atas kesalahan merosakkan harta awam.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Wan menjelaskan dia telah menunggu lebih satu jam namun tiada seorang pun pemilik datang mengalihkan kenderaan masning-masing.

Situasi menjadi lebih buruk bila jumlah kenderaan di belakang lori makin banyak sehingga berlaku kesesakan teruk dan memaksa Wan meneruskan perjalan sambil menyeret kenderaan yang menghalang laluan.

#Media Sosial
 
pergh time cuti sklh ni klu masuk hiway plus ke selatan singgah RnR akan penuh sosaklah dgn manusio yg mcm2 pe'el prangai

den klu turun ke segamat@JB lalu hiway plus, tapi klu nk rehat lamo2 utk mkn & solat, den akan kuar hiway masuk pekan2 kecik lepak kek masjid/surau & cari gerai mkn, dh jamin tak stress nk paking

pastu baru masuk hiway balik
 
Back
Top
Log in Register