BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Video percuma dengan U Mobile

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Jasmine (kanan) bersama Ketua Komunikasi, Teknologi dan Kerajaan YouTube Malaysia, Shylendra Nathan dan Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital, Lam Swee Kim.


U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menawarkan perkhidmatan melayari video tanpa henti secara percuma bagi semua pengguna pelan internet U Mobile menerusi kerjasama dengan YouTube dan Tonton bermula 8 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Pemasarannya Jasmine Lee berkata, pengenalan perkhidmatan itu membolehkan pengguna melayari video YouTube dan Tonton secara percuma di antara 2 pagi hingga 10 pagi sehingga 31 Disember 2014.

"Kerjasama strategik ini adalah komitmen kami menawarkan pengalaman mudah alih berkualiti kepada pengguna menerusi produk inovatif.

"Ia menjadi kerjasama pertama seumpama di negara ini," katanya selepas majlis kerjasama U Mobile bersama YouTube dan Tonton di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, pelanggan dikenakan caj RM3 sebulan bermula awal Januari 2015.

Katanya, sasaran pelanggan bagi perkhidmatan ini adalah golongan muda yang suka melayari videolewat malam.

"Kami menjangkakan penambahan dua juta pelanggan baharu sebelum akhir tahun ini menerusi beberapa kempen yang dilakukan syarikat bagi menarik lebih ramai pelanggan beralih kepada U Mobile.

"Selepas pelancaran kempen Member Get Member dua minggu lalu, kami menerima 400,000 pendaftaran baru. Oleh itu, kami yakin mencapai sasaran dua juta pelanggan baharu menerusi tiga lagi kempen sebelum akhir tahun ini," katanya.

Sementara itu, Jasmine berkata, syarikatnya menyasarkan menyiapkan 400 kawasan bagi 3G menjelang akhir tahun ini dan 1,600 kawasan lagi pada tahun depan.
 
Back
Top
Log in Register