BTC USD 80,535.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(VIDEO) Cara Pemandu Di Jepun Berterima Kasih

customys

Active Member
Messages
1,520
Joined
Aug 22, 2010
Messages
1,520
Reaction score
97
Points
40
Polite-Japanese-Drivers.jpg

Sememangnya penduduk negara Jepun dikenali dengan adab sopan-santun mereka yang sangat tinggi serta aspek menepati masa yang diamalkan mereka juga amat dikagumi oleh penduduk di negara lain.

Bagaimana pula adab mereka ketika berada di atas jalan raya?
Kalau di Malaysia, budaya mengangkat tangan memang sudah lama diaplikasikan oleh pemandu di sini sebagai simbolik untuk ucapan terima kasih sekiranya memberikan laluan di jalan raya.

Selain itu, pemandu di Jepun jarang sekali membunyikan hon kenderaan masing-masing untuk memaki hamun pemandu lain sebaliknya mereka memberikan hon untuk memberi laluan kepada kenderaan yang lain.

Memang sopan-santun dan berbudi bahasa kan mereka.
Melalui video ini ditunjukkan cara pemandu di sana mengucapkan terima kasih di atas kebaikan pemandu lain yang memberi laluan kepada mereka dengan memasang lampu kecemasan sebanyak dua kali.

Semoga pemandu di Malaysia dapat mencontohi nilai-nilai budaya yang positif daripada masyarakat Jepun ini.


 
camni kne letak suis lmpu kecemasan kt stering la..
 
Yg baik ada kat jepun.. Tp yg banyaknye ialah yg biol2 otak mereng tahap cipan.. :))
 
aku rasa angkat tangan ataupon thumbs up lg cantik lalau nk ucap terima kasih
 
mcm best...nnt try arh...hihihi...
klaw nmpk ada org buat mcm tu nnt...aq la tu...
:D:D:D
:)cgrock​
 
org malaysia guna lampu kecemasan masa hujan jer....:))
 
Angkat tangan xnmpk... Tinted kereta sini gelap gelita haha
 
Back
Top
Log in Register