ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Veronica digantung dua tahun kerana positif dadah.
JUARA dunia 200 meter, yang juga pelari pecut Jamaica, Veronica Campbell-Brown digantung dua tahun daripada sebarang kejohanan olahraga selepas didapati positif dadah.
Pergantungan diputuskan Persatuan Olahraga Jamaica sementara menunggu keputusan ‘sampel B’ diperoleh.
“Kes ini masih berjalan dan kita sedang menunggu keputusan panel disiplin,” kata jurucakap persatuan itu.
Veronica merupakan pemegang pingat emas 200 meter dan 4 x100 meter Olimpik di Athens pada 2004 selain emas Olimpik acara 200 meter di Beijing.
Ratu pecut Jamaica ini juga memenangi 16 pingat sepanjang penyertaan di kejohanan dunia dan Olimpik, namun sekadar meraih gangsa di London 2012.
Bagaimanapun syarikat pengurusan Veronica tetap meneruskan hasrat untuk membersihkan nama atlet berkenaan dengan melancarkan kempen ‘Veronica bukan penipu’.
“Veronica sudah banyak menyumbang untuk negara, memecah rekoddan mencipta kejayaan luar biasa,” kata jurucakap syarikat pengurusan Veronica.