BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Vellfire milik Nabil dicuri di TTDI

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
nabb.jpg_1509290022.jpg


KUALA LUMPUR 29 Okt. - Pengacara Gegar Vaganza 4 (GV4), Nabil Ahmad, 34, memberitahu bahawa kereta miliknya jenis Toyota Vellfire berwarna putih hilang selepas menghadiri sebuah acara di sekolah anaknya di Damansara, di sini hari ini.

Berkata kepada Utusan Online, anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya, namun reda dan menganggap sebagai ujian.

“Saya menyedari tentang kehilangan kereta tersebut ketika hendak pulang ke rumah usai acara berkenaan berakhir.

“Setibanya di kawasan parkir, mula-mula ingatkan saya tersalah tempat letak kenderaan tetapi selepas puas mencari, sah kereta saya hilang.

“Akhirnya saya membuat laporan di balai polis Taman Tun Dr. Ismail dan dihantar pulang oleh polis menaiki kereta peronda,” katanya.

Tambah Nabil, dia berharap dapat menemukan semula dengan kenderaan kesayangan jenis MPV itu.

Tiga tahun lalu, Nabil pernah ditimpa malang apabila kereta Mitsubishi Lancer dipecah oleh penyamun dan mengalami kerugian.


https://m.utusan.com.my/hiburan/kereta-nabil-ahmad-dicuri-1.544810
 
Ujian itu datang dgn berbagai cara dan suasana.
 
sekuriti kereta ni lemah ke? macam senang je kena curi. banyak gak kes.

kalau mercedes, takde kunci jangan harap la nak start. nak kunci duplicate pun kena order dari overseas
 
Semoga dipermudahkan urusan nabil
 
no plat JRP46
 
Lancer pnh ilang..ni Vellfire ilang..dh kn psg sistem sekuriti yg lebih bagus ni..

takziah ...semoga dipermudahkan segala urusan
 
Kalau ada gps locator,mungkin dah ada kat sempadan kot...pernah dengar jadi mcm ni...
 
Back
Top
Log in Register