BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Velez hantar Machuca pulang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
3356617.webp

Imanol Machuca

KELAB Argentina, Velez Sarsfield memutuskan untuk tidak mengekalkan khidmat pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca musim depan.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu dilaporkan akan dipulangkan semula ke kelab asalnya di Brazil, Fortaleza EC sebaik sahaja tempoh pinjamannya berakhir pada 31 Disember ini.

Memetik laporan Sabado Velez, difahamkan pengurusan Velez telah mencapai persetujuan untuk melepaskan pemain itu bercuti lebih awal sehingga tamat kontrak, sekali gus mengesahkan bahawa kelab tersebut tidak akan mengaktifkan pilihan pembelian tetap.

Sepanjang tempoh pinjaman di Vélez, Machuca telah merekodkan 24 penampilan dengan 16 daripadanya sebagai kesebelasan utama.

Dalam tempoh tersebut, beliau berjaya menyumbangkan satu gol dan satu bantuan jaringan.

Sebelum ini, Machuca bersama tujuh lagi pemain warisan dijatuhkan hukuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas kesalahan memalsukan dokumen.

Hukuman tersebut melibatkan penggantungan perlawanan selama 12 bulan serta denda.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini dilaporkan sedang giat berusaha membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebagai langkah pembelaan untuk membolehkan pemain-pemain ini beraksi semula.
 
Back
Top
Log in Register