ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mawarni Hassan menunjukkan pelbagai produk kecantikan penjagaan kulit Cosmoderm pada Jelajah Kampus Cosmoderm di Pasir Gudang, Johor Bahru, baru-baru ini. utusan/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 4 Mei - Syarikat pengeluar produk penjagaan kulit dan diri milik bumiputera, Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd. (Vanity Cosmeceutical) menerusi jenama Cosmoderm, menyasarkan jualan produknya mencecah RM7 juta pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mawarni Hassan berkata, unjuran berkenaan juga dilihat realisitik selepas kejayaan syarikat memperoleh jumlah jualan sebanyak RM3.5 juta pada tahun lalu.
Beliau berkata, sasaran itu juga boleh dicapai berdasarkan peratusan permintaan tinggi oleh pengguna masa kini terhadap produk penjagaan diri dan wajah yang halal dan menggunakan tumbuh-tumbuhan serta produk sintetik yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
“Langkah memperkenalkan beberapa produk baharu seperti siri pencerahan wajah, Oil Control Serum dan BB Cream secara berperingkat bermula pertengahan tahun ini juga dilihat sebagai salah satu aspek yang dapat membantu meningkatkan jualan.
“Malah, syarikat juga bercadang untuk meluaskan pasaran produk ke 200 lagi rangkaian Guardian dengan sasaran setiap cawangan menjual sekurang-kurangnya tiga produk Cosmoderm,” katanya selepas program Jelajah Kampus Cosmoderm-Grooming For Success, di sini baru-baru ini.
Program sehari yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) itu disertai 60 penuntut universiti berkenaan.
Cosmoderm yang mempunyai lebih 40 produk boleh didapati di kira-kira 1,000 buah farmasi di seluruh negara termasuk rangkaian Guardian dan AEON Wellness.
Dalam pada itu, Mawarni berkata, pihaknya sedang mengintai pasaran luar iaitu Indonesia, Filipina, Brunei dan Singapura untuk melebarkan pasaran produknya.
Ujarnya, buat masa ini, produknya iaitu pembersih intim wanita manjakani sudah menembusi pasaran Lebanon sejak tahun 2012.
“Produk yang kami keluarkan adalah satu produk yang mampu dimiliki oleh semua peringkat umur termasuk golongan penuntut yang mana lingkungan harganya bermula daripada RM5.90 hingga RM55.90,” katanya.