Heran tgk thread ni,yg xminat g post,kelam je la..
Aku fan MU yg mmg mint RVp dr asenal lg,slalu fantasi die msuk
MU,jd real siottt..
RVp 5 star..
Yg kelam ckp xminat ke apekejadah ke,g MAM sama luorang..
Anywy credit 2 asenal,pak asan,tok elek,MU n RVp..
walaupun aku bukan fans MU, tapi RvP mmg world class striker...tapi nak bg 5 star mmg payah sikit pasal dia baru separuh musim 'menjadi' kat MU...kat Arsenal pun dia 2 musim jer yg baguss...
kalau ada 4.5 stars, aku bagi...so, aku kasi 4 star jerrr, kalau dia bagus sampai abiss kontrak dgn MU, baru leh dapat 5 star....5 star player mcm Ronaldo dan Messi yg sentiasa score dan tak injured2...kalau injured pun sehari jer, esok dah boleh main dahh....
walaupun aku bukan fans MU, tapi RvP mmg world class striker...tapi nak bg 5 star mmg payah sikit pasal dia baru separuh musim 'menjadi' kat MU...kat Arsenal pun dia 2 musim jer yg baguss...
kalau ada 4.5 stars, aku bagi...so, aku kasi 4 star jerrr, kalau dia bagus sampai abiss kontrak dgn MU, baru leh dapat 5 star....5 star player mcm Ronaldo dan Messi yg sentiasa score dan tak injured2...kalau injured pun sehari jer, esok dah boleh main dahh....
Ada kemungkinan x Robin Van Persie + Cristiano Ronaldo + Lionel Messi akan bersatu team satu hari nanti.. Mmg betul2 beruntung la team tu klu ada 3 player ni..
VAN PERSIE menyelamatkan maruah United daripada tersingkir awal pada kempen Piala FA awal pagi semalam.
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memuji sumbangan pemain gantian, Robin van Persie dan Ryan Giggs pada aksi pusingan ketiga Piala FA menentang West Ham United awal pagi semalam.
Ferguson melabel aksi kedua-dua pemain itu sebagai 'berkelas dunia' kerana menyelamatkan maruah pendahulu Liga Perdana England itu daripada tersingkir awal.
Van Persie yang masuk bagi menggantikan Javier Hernandez pada minit ke-68, meledakkan gol penyamaan skuad The Red Devils pada masa kecederaan.
Giggs pula yang menggantikan Chris Smalling pada minit ke-78 bertindak cemerlang apabila menjadi watak utama membantu van Persie menjaringkan gol penyamaan itu.
Van Persie berjaya menyempurnakan hantaran cantik Giggs yang berjaya melepas jangkauan penjaga gol lawan, Jussi Jaaskelainen.
Dengan keputusan seri itu, kedua- dua pasukan bakal berentap sekali lagi di Old Trafford bagi memastikan siapa yang lebih layak ke pusingan keempat Piala FA.
"Pada mulanya saya ingat perlawanan ini bukan milik kami setelah terlepas beberapa peluang keemasan.
"Namun, hantaran yang dilakukan Giggs memang berkelas dunia dan jaringan van Persie juga cukup menarik," kata Ferguson.
Dalam perlawanan itu, Tom Cleverley terlebih dahulu meletakkan United di depan pada minit ke-23.
Bagaimanapun, kelebihan United tidak bertahan lama apabila skuad The Hammers berjaya menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi jaringan James Collins sebelum dia menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-59.
Meskipun perlawanan ulangan itu terlalu hampir dengan jadual United yang akan mengharungi kempen Liga Juara-Juara, ia tidak membimbangkan Ferguson.
"Selagi kekal dalam saingan Piala FA, saya tetap berpuas hati. Kami pernah mengharungi situasi yang mengecewakan apabila tersingkir awal sebelum ini. Jadi, saya tidak mahu ia berulang kali ini," tegasnya.
Pada masa sama, Ferguson tidak menyembunyikan kekecewaan dengan kerapuhan benteng pertahanan United yang bolos dua gol pada perlawanan itu.
"Kami gagal bertahan dengan baik apabila bolos dua gol yang lebih kurang serupa.
"Saya harap pemain-pemain mendapat pengajaran dan tidak lagi mengulanginya selepas ini," kata Ferguson. - AFP