BTC USD 83,424.9 Gold USD 4,139.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Van Persie hiris hati kami - Yaya

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
su_06.1.jpg


LONDON - Yaya Toure mengakui bahawa Robin van Persie mempunyai magis tersendiri selepas menjaringkan gol pada masa kecederaan seterusnya menghancurkan hati peminat Manchester City, Ahad lalu.

Sehubungan itu, pemain tengah Ivory Coast tersebut menyeru rakan-rakan sepasukannya supaya bangkit untuk mempertahankan kejuaraan liga musim lalu, seterusnya mengejar kelebihan enam mata United.

City bagai sedang mengharungi minggu 'malapetaka' ketika ini apabila tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara dan hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan di Stadium Etihad.

Yaya menegaskan, kini masanya sudah tiba buat penyandang juara itu bangkit kembali bagi mempamer watak sang juara menjelang Krismas, seterusnya mengejar kedudukan pendahulu liga.

City bangkit dua kali ketika ketinggalan dua gol pada pertemuan dengan United itu sebelum van Persie muncul penjaring gol kemenangan yang memusnahkan harapan City untuk berkongsi mata.

"Ia bagai pisau yang menghiris hati kami tetapi kami adalah lelaki yang gagah dan apabila sesuatu perkara menjadi sukar, anda pasti akan mencari lelaki gagah ini," katanya.

Yaya, 29, turut mengakui terdapat kesukaran dalam mempertahankan kejuaraan ketika ini, namun mereka telah bermula baik pada awal kempen liga.

"Kami perlu bekerja keras kerana apabila anda berada di atas, semua orang mahukan anda jatuh. Anda perlu memiliki mental yang kuat dalam setiap jalan yang anda tempuhi," jelas Yaya lagi.

United berpesta bagaikan memenangi piala ketika wisel penamat dibunyikan, namun Toure memberi amaran yang City tidak akan membiarkan perkara itu berterusan.

Untuk rekod, musim lalu United mendahului lapan mata dengan baki enam perlawanan tetapi akhirnya City berjaya mengejar pada saat-saat akhir dan City dinobat sebagai juara dengan kelebihan perbezaan gol. - Reuters
 
mancini tidak sehebat pak alex..tak perlu beli pemain pelik2.. good job pak alex .. janji ditepati .. rekod tanpa kalah chelsea musim ini terpadam di gelanggang sendiri :D
 
mancini tidak sehebat pak alex..tak perlu beli pemain pelik2.. good job pak alex .. janji ditepati .. rekod tanpa kalah chelsea musim ini terpadam di gelanggang sendiri :D

nak sembang pasai chelsea ka mancity...:-?
:)):))
 
free kick yg cantik dari sudut yg sukar...
 
x sia2 la pak alex beli Rvp...
 
team Munyet memang selalu meroyan
 
Back
Top
Log in Register