BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van mangsa pencuri minyak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kok Chor menunjukkan van miliknya yang menjadi mangsa pencuri minyak.
< 1 / 1 >
SEREMBAN - Bukan sebab rosak, sebaliknya menjadi mangsa pencuri minyak. Itulah yang berlaku terhadap peniaga pasar di sini, Isnin lalu, apabila van miliknya secara tiba-tiba berhenti sebaik saja keluar kira-kira 500 meter dari rumah di Taman Bukit Galena, dekat sini.

Mangsa, Chan Kok Chor, 62, pada mulanya menyangkakan kenderaannya rosak, tetapi apabila diperiksa, meter minyak didapati merah.

“Sehari sebelum kejadian, saya mengisi minyak RM50. Tapi saya hairan apabila van saya tiba-tiba berhenti. Saya ingatkan van rosak, tapi bila tengok meter minyak, sudah merah.

Menurutnya, dia menghubungi isterinya meminta membelikan dua tong petrol untuk diisi dalam tangki vannya tanpa mengesyaki apa-apa.

Bagaimanapun, katanya, dia hairan kerana vannya tidak lagi boleh bergerak walaupun minyak telah penuh.

“Saya periksa bahagian bawah van. Saya terkejut mendapati salah satu daripada skru tangki minyak bahagian bawah hilang.

“Saya pun balik ke rumah untuk mencari skru tersebut tapi tidak jumpa. Kemudian baru saya sedar atas jalan tempat saya meletakkan van di luar rumah basah dengan minyak petrol,” katanya.

Menurut Kok Chor, berikutan kejadian itu, dia percaya vannya menjadi mangsa pencuri minyak dipercayai dilakukan waktu malam.

“Kejadian ini pertama kali berlaku kepada saya. Tapi sebelum ini kereta Suzuki Swift anak saya yang diletakkan di luar rumah pernah hilang keempat-empat tayar," katanya.

Berikutan itu, Kok Chor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati meletakkan kenderaan di kawasan luar rumah kerana mungkin menjadi sasaran penjenayah,” katanya.
 
Masa parking, apek sedut la myk masuk tong semula. Esok pagi2 sblm jln, sedut la myk tu masuk van. Baru la xhlg myk apek tu. Xpun apek tulis kat body kereta tu 'culi itu losa' pencuri mesti insaf
 
pernah kena kat umah, kete iswara kt kuantan, nasib xterbakar.
 
kebanyakan kereta sgt berpotensi utk curik petrol dgn mudah..
modal hnyalah jek kereta 1 tan , spanar idop & besen..

silap2 xyah jek pon, terus menyusur masuk ke bawah kereta je..
 
jek sikit, pastu bukak la nat tangki..
sgt mudah sebenarnye..mcm bukak nat utk tukar mnyk itam..

patutlah mudah sangat nak curi minnyak ni.
 
memang nakal ......
tapi lepas lah utk merempit malam ni
 
Back
Top
Log in Register