BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van Armour Security dirompak, 2 guni wang dilarikan

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
rampok_cropped_1504694329.jpg

Suasana di tempat kejadian rompakan van keselamatan di stesen minyak di Bukit Antarabangsa, hari ini. FOTO ihsan pembaca

AMPANG - SEKUMPULAN penjenayah bermotosikal merompak van syarikat keselamatan di stesen minyak di Bukit Antarabangsa, Ampang petang ini, sebelum melarikan dua guni berisi wang.

Berdasarkan maklumat awal, empat suspek menunggang beberapa motosikal menyerang salah seorang petugas syarikat kawalan keselamatan dengan menghentak kepala petugas syarikat keselamatan terbabit menggunakan senapang patah dibawa mangsa.

Suspek yang turut bersenjatakan pistol kemudian melarikan dua beg berisi wang tunai yang belum diketahui jumlahnya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/261030/hentak-kepala-larikan-dua-guni-wang
 
Perompak tunggang Yamaha 125Z dirakam di DUKE

lari_cropped_1504701178.jpg


EMPAT perompak van syarikat kawalan keselamatan di Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya pada 5 petang hari ini melarikan diri dengan menunggang dua motosikal motosikal Yamaha 125Z dengan salah satunya berwarna biru bernombor pendaftaran BFC 7361.


Gambar suspek itu yang memeluk guni berisi wang melalui Lebuhraya Duta - Ulu Klang Expressway (DUKE) sejurus kejadian sempat dirakam saksi yang menyalurkan maklumat itu kepada polis.

DUA guni wang dilarikan empat lelaki menunggang motosikal yang merompak van syarikat kawalan dianggarkan berjumlah lebih RM700,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kejadian berlaku ketika empat petugas syarikat kawalan keselamatan itu mahu memasukan wang ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak berkenaan.

"Dua daripada empat suspek bersenjatakan pistol menyerang seorang daripada petugas syarikat keselamatan itu dan merampas senapang patah dibawa mangsa sebelum menghentak kepalanya menggunakan senjata itu.

"Suspek turut melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum melarikan dua beg berisi wang tunai dengan membonceng dua Yamaha 125Z yang ditunggang dua rakan mereka.

"Siasatan dilakukan unit forensik turut menemui senapang milik mangsa yang dirampas oleh suspek, kira-kira 250 meter dari lokasi," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Jelasnya, kejadian menyebabkan seorang petugas syarikat kawalan keselamatan itu cedera dikepala.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan dan mengenal pasti suspek," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/261055/update-peluk-duit-rompak-atas-motosikal

Assalamualaikum YDH Datuk
Maklumat awal kejadian baru berlaku pd 061715hrs.

- Samun Van Security di Petronas Bukit Antarabangsa, Ampang.
- Suspek 4 lelaki dipercayai Melayu guna parang menaiki 2 buah motosikal Yamaha 125.
- Rampas Pump Gun security dan lepaskan 1 das tembakan dan terkena bhgn kepala salah seorang dari 4 org security yg bertugas.
- Melarikan 2 bag berisi wang yg baru dikeluarkan dari mesin ATM di Stesyen minyak Petronas bersama Pump Gun.

▪Hebahan Alert Tone telah dibuat.
▪Perkembangan akan dimaklum.




perghh kenyang perompak

mesti ade cctv nie
 
Takpe. Insurans cover. Tapi pelaku nya org dalam la kot. Dah tau selok belok
 
Jap lg aku tnya adik ipar...dia keje ni lah angkut duit,masuk duit kt ampang gak
 
bertabahla bang. abg xpasal dh jd suspek

merasa jgk la kt dalam nnt
 
5 minit dari rumah saya. balik dari kerja tadi baru lepas kejadian...
 
Back
Top
Log in Register