BTC USD 85,634.7 Gold USD 4,309.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UTP Anjur ESTCON 2026 Pada 8 Dan 9 Sept Di PWCC

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,431
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,431
Reaction score
346
Points
141

UTP Anjur ESTCON 2026 Pada 8 Dan 9 Sept Di PWCC​

6c9ea98c7308f1037ff19ed404355fee67a1d0d2a0225

Kredit: UTP

Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menganjurkan Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Dunia (ESTCON 2026) edisi kesembilan di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu ini.

Bertemakan Technology, Resilience and Regeneration: Engineering Pathways to a Sustainable Future, kongres berkenaan dijadual dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

UTP memaklumkan ESTCON 2026 bakal menghimpunkan lebih 1,000 delegasi dari lebih 20 negara bagi membincangkan isu keselamatan tenaga, kelestarian kehidupan serta pemulihan modal semula jadi.

“ESTCON 2026 akan menampilkan tiga persidangan antarabangsa khusus iaitu Persidangan Antarabangsa mengenai Kehidupan Lestari (ICSL), Persidangan Antarabangsa mengenai Keselamatan Tenaga (ICES) dan Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Regeneratif (ICRF).

“Ketiga-tiga persidangan berkenaan menyediakan platform pelbagai disiplin untuk meneroka penyelesaian meliputi komuniti lestari, sistem tenaga berdaya tahan serta pembangunan regeneratif,” menurut UTP dalam kenyataan hari ini.

Kongres dua hari itu juga akan menampilkan lebih 30 penceramah diiktiraf daripada bidang akademik, industri dan kerajaan, selain lebih 330 pembentangan kertas teknikal meliputi bidang utama seperti infrastruktur lestari, peralihan tenaga, kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan bahan termaju.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS Datuk Ir (Dr) Bacho Pilong akan menyampaikan ucaptama bertajuk Energy Security in Transition: Reimagining the Future of Oil & Gas manakala Profesor Sistem Tenaga Masa Depan di Imperial College London, Prof Niall Mac Dowell mengenai Engineering Resilient Energy Systems for New Order of World.

Selain itu, Regenerative Quantum AI Systems: Moving from Creative Machines to Living Intelligence yang akan disampaikan oleh Prof Nadia Magnenat Thalmann daripada Universiti Geneva serta Designing Low-Carbon Futures with AI and Digital Innovation oleh Penasihat Hartanah PETRONAS Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Menurut UTP, golongan profesional industri dan organisasi dipelawa menyertai kongres itu sebagai delegasi bukan pembentang (NPD) dengan yuran penyertaan RM1,200, yang memberikan akses penuh kepada sesi ucaptama, sesi teknikal, perbincangan panel serta Pameran Teknologi dan Inovasi yang diadakan bersempena dengan kongres itu.

 
Back
Top
Log in Register