BTC USD 82,503.4 Gold USD 4,179.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Tak Semua Betul

Jika pada orang lain ada 99 kejahatan, ada satu kebaikkan pada dirinya, mari kita tengok satu kebaikan yang ada pada dirinya, lupakan 99 kejahatan yang ada pada dirinya. Maka kita akan bersangka baik dengan manusia lain.

Allah SWT kurniakan kita dua mata, satu mata utk melihat kebaikkan orang lain, kebajikan orang lain dan juga kehebatan orang lain. Dan satu mata lagi utk melihat aib kita, kelemahan kita, kekurangan kita.

Maka seseorang yg sentiasa sibuk melihat keaiban dia, kelemahan dia, maka dia tidak akan ada masa utk melihat aib orang lain.

Yang menyebabkan seseorang itu mempunyai masa yang banyak sekali utk mencari aib orang lain, kelemahan orang lain kerana dia tidak sibuk dengan keaiban dan kelemahan dirinya.

Abdullah Ibnu Mas'ud r.a, satu hari keluar daripada rumahnya, dan para pengikutnya telah tunggu di luar rumah, dan apabila beliau keluar daripada rumah, mereka semua mengikut Abdullah ibnu mas'ud daripada belakangnya.

Maka Abdullah Ibnu Mas'ud r.a mengatakan, jika Allah sWT yang Sattar(Maha Menutupi), yang Alim(Maha Mengetahui) membuka aib apa yang aku lakukan dibelakang pintu ini, dibelakang tabir ini, sudah tentu tiada seorang pon daripada kamu ini yang akan mengikut aku.

-Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari-
 
dah baca...
setuju jugak...
dulu dengar ceramah serius...

sekrang dah jadi mcma hiburan...
uztas pun dah sama taraf artis dah sekarang nie...
 
SIKAP USTAZ SELEBRITI YANG MENYAKITKAN HATI

Seorang penganjur menjemput anak-anak RPWP untuk turut serta dalam satu majlis ceramah agama untuk syarikatnya. Penceramah selebriti sudah ditempah dan gambarnya sudah pun diedarkan di semua bahan hebahan.

Timbul isu apabila ustaz yang dijemput ini enggan mengimamkan solat sebelum majlis ceramah bermula pabila diminta. Alasannya kerana tugasan mengimamkan solat itu tidak termasuk dalam pekej harga yang sudah putuskan sebelumnya. Hati sebak dan amat pilu mendengar kenyataan pahit itu.

Akhirnya seluruh kontrak ceramah itu telah dibatalkannya pada saat akhir. Penganjur terpaksa bergegas mencari ustaz selebriti lain yang sanggup berceramah termasuk mengimamkan solat mereka.

Kami terkesima dengan kisah ini. Apalah bezanya kita jadi imam solat berbanding dengan solat sendiri-sendiri. Padahal jika tidak diminta jadi imam pun, kita memang sudah berada di situ. Kita tetap solat juga walaupun tidak dibayar untuk mengimaminya.

Kesal teramat sangat dengan fenomena ‘ustaz sampul’ yang semakin menjadi-jadi. Kami kenal baik secara peribadi dengan ‘Ustaz selebriti’ ini. Semasa berceramah beliau nampak MACAM baik dan lembut sekali. Tetapi ternyata beliau begitu keras kepala dan sangat 'berkira' dalam urusan dakwahnya.

Sikap masyarakat juga harus diperbetulkan. Mengapalah ustaz-ustaz selebriti ini terlalu diagung-agungkan. Bukankah semua lelaki itu wajib menjadi imam solat terhadap anak dan isteri? Mengapa tidak diminta sahaja sesiapa dari kalangan kita yang mengimami solat ketika berjemaah di kalangan sendiri?

Apapun, kami putuskan untuk memenuhi undangan itu. Kehadiran anak-anak kami aturkan mengikut jumlah yang ditetapkan. Sepertimana biasa, anak-anak hadir berserta alunan selawatnya. Duduk dalam ceramah bersama nota dan pena. Yang jelas dicatat dengan pantas. Yang kabur di tanyakan semula dan fakta yang salah segera angkat tangan untuk menegur dengan sopan.

Sewaktu menjemput, wakil penganjur ini tidak kenal RPWP sama sekali. Beliau hanya diminta mencari pelajar tahfiz atau anak yatim sebagai penyeri. Bicaranya juga agak dingin dan kurang minat. Maklumlah anak-anak RPWP hanya anak yatim dan asnaf biasa. Tiada apa yang boleh di nilai tinggi oleh sesiapa.

Namun begitu, pulangnya anak-anak RPWP seusai majlis itu telah mengubah segala persepsi. Seorang AJK penganjur berbual panjang di tepi kenderaan sebelum kami berangkat pulang. Beliau ingin agar anak-anaknya dididik seperti anak-anak RPWP.
Katanya, anak-anak ini amat luarbiasa sekali. Jikalah mereka tahu sebegini kemampuan murobbi dan anak-anak ini, lebih baik mereka sahaja yang mengimami solat dan menyampaikan ceramah dalam majlis tadi.

Disiplin dan tahap kefahaman anak-anak ini terlalu matang di mata mereka. Soalan-soalan yang diajukan amat membuka mata. Padunya alunan selawat mereka juga amat mamukau dan menginsafkan katanya.

JIKA TIDAK BOLEH UBAH MANUSIA, UBAH SAHAJA DIRI KITA
Menjelang Ramadhan lalu, ramai juga yang meminta khidmat murobbi atau anak-anak RPWP untuk menjadi imam solat terawih di surau mereka. Ada yang mengadu ustaz yang sudah dilamar sejak awal telah tarik diri. Alasannya kerana ada surau lain yang menawarkan bayaran lebih tinggi.

Kami pernah kongsikan kisah yang agak sedih juga merujuk isu yang sama. Seorang AJK surau datang untuk meminta peruntukan dari RPWP. Alasannya untuk membayar upah ustaz untuk berceramah sepanjang Ramadhan. Kami kata mana mungkin sebuah institusi kebajikan anak yatim seperti RPWP mampu mendanai tuntutan 'poket' ustaz selebriti.

facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10156202539087786

Dalam satu jemputan solat terawih di sebuah surau juga berlaku suatu fenomena. Imam dari timur tengah yang diundang telah ‘memberi peluang’ untuk anak-anak RPWP mengambil tempat menjadi imam. Alhamdulillah semua jemaah puas hati. Ada yang beritahu kemampuan anak ini dalam memimpin solat malam itu di luar jangkaan sekali.

Lebih mengharukan apabila beberapa kumpulan jemaah yang sudah berada di luar untuk pulang selepas solat isya’ telah masuk semula sewaktu anak-anak berselawat selepas solat. Kemudian ramai-ramai masuk semula untuk ikut solat terawih pula apabila mendapati anak RPWP yang mengimaminya. Mungkin mereka sekadar mahu lihat sejauh mana kemampuan anak-anak ini.

Usai terawih, ramai yang ucap tahniah kepada wakil murobbi dan anak-anak RPWP. Ada yang lari ke rumah dan datang semula untuk menghulurkan sedekah. Alhamdulillah… segala puji bagi ALLAH.

Semuga kisah ini dapat dimengerti. Bukan untuk mencaci atau mahu membangga diri. Ia sekadar seruan ikhlas, khususnya kepada ustaz selebriti agar tidak terlalu ‘berkira soal harga’ dengan ‘perkhidmatan’ kita. Berbuatlah dengan ikhlas dan sekuat tenaga. Biarlah upah itu datang dari keikhlasan hati pendengar mengikut kemampuan mereka. Jangan sekali-kali kita yang ‘tetapkan’ bayarannya.
Kepada jawatankuasa penganjur juga perlu menimbangkan semula segala kriteria. Apalah salahnya jika solat terawih surau kita diimamkan sahaja oleh sesiapa dari kalangan jemaah kita. Tidak perlulah berlumba-lumba membayar imam dari Timur Tengah, atau ustaz selebriti kononnya untuk menambah barkah.

Luahan santai,
WARGA PRIHATIN
 
Mana ada manusia maksum selain nabi dan rasul.tp dr dgr ckp org kafir lagi baik dgr ckp org islam..dr dgr ckp org islam lebih baik dgr org islam yg berilmu..manusia ada akal..mengenal dia yg bersih dgn yg kotor,benar dan salah,tp sekrg ni..yg xbetul pun kata betul..apa..ko ingat cgpa ko 3.85 tu..ko dh betul..hehe..bukan marah..nk kata..xsemua perubatan eropah tu betul..ada jugak yg karut..spt sains..xsemua nya betull..ada ke manusia sampai kebulan..malaysia abis 2bilion kene tipu..xpijak pun bulan..haha

Kurang setuju dengan statement tu, kadang2 Allah turunkan ilmu kepada orang kafir dan orang Islam boleh belajar kepada mereka, takda masaalah.

Ilmu perniagaan diungguli kaum cina
Ilmu perubatan diungguli kaum arab dan eropah (majusi)
Ilmu peperangan diungguli kaum ROM

Boleh belajar, mendengar dari orang kafir selagi ianya berbentuk ilmu dan tidak melanggar syariat.
 
Nk bgtau tentang agama..kalau hal keduniaan..kene tgk2 Dan teliti..dibimbangi..ada yg merosakkan akidah kita
 
rosakagamakrnbidaah.jpg

...........
 
Back
Top
Log in Register