BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Di Temui Lemas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Kota Belud, Seorang ustaz sekolah agama yang hilang di perairan Nanamun, berhampiran Kampung Batu Gadong, Tamau, di sini, ditemui lemas jam 6.28 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata mayat Sharil Basir, 28, ditemui sekumpulan penduduk kampung yang membantu pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 15 kilometer (km) di tepi pantai dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

“Mayat itu kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, susulan penemuan mayat itu, operasi SAR yang turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditamatkan jam 7 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud, Asisten Superintendan Tan Guan Chai, mengesahkan penemuan mayat mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mangsa hilang selepas bot dinaiki bersama bapanya berusia 52 tahun terbalik di pukul ombak dalam kejadian di perairan itu kira-kira jam 5 pagi tadi.

Bapa mangsa berjaya berenang ke tepi pantai sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa pada jam 7.30 pagi.

03lemas_1567519197.jpg


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/603217/ustaz-ditemui-lemas
 
Last edited:
Astrok ni bro.

 
Astrok ni bro.


noted and changed .. TQ bro
 
Back
Top
Log in Register