BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usop Wilcha tinggalkan Hot FM?

azrulazman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,844
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,844
Reaction score
215
Points
128
Pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha mungkin akan meninggalkan stesen radio Hot FM walaupun kontraknya masih lagi berbaki selama setahun.

Dipetik daripada sebuah laman hiburan, pemilik nama sebenar Syed Mohd Asri mengakui sudah merasa tekanan menjadi seorang penyampai radio kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Ujarnya, banyak tawaran lakonan yang terpaksa ditolak kerana terikat dengan jadual radio yang telah ditetapkan.

"Apabila menjadi penyampai radio, banyak tawaran lakonan saya terpaksa tolak kerana jadual yang bertindih. Namun ada juga yang saya terima namun terpaksalah saya mengambil cuti selama 25 hari," jelasnya.

Tambahnya lagi, cuti selama 25 hari itu diambil untuk menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid, "Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh" yang dilakukan di Perak.

Sementara itu, Shy8 turut menafikan bahawa dia berasa terpinggir dengan penyampai radio yang lainsebaliknya, Shy8 menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengurusan stesen radio tersebut dan sekiranya perkara tersebut berlaku, ia merupakan keputusannya sendiri.

image.jpg
 
hotfm dah ada 3 org tu pun dah cukup... campur uncle sorang ni jd tak best
 
aku skrg pagi2 dgr era jer sbb ada johan. waktu lain dgr ikimfm :)
 
tak best pon dia jd dj..ape2 pon hot fm memg tak best pon
 
byk sgt komitmen....atau pun hot byk murah....offer berlakon lagi mahal...
 
takpe la die kuar..xde efek pon..hahaha :))
 
hmm..tak tau la nak cakap apa..usop dalam hotfm kadang2 best, kadang2 tak best jugak..
 
-double post-
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register