BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

USM cipta kaedah kesan daging ****

ARIFFX

Legendary Member
gem
Messages
12,041
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,041
Reaction score
160
Points
123
Apr 1, 10 5:26pm
Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging **** dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan “ribose”.

Menerusi kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Ketua Penyelidik USM, Prof Azhar Mat Easa, berkata proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya.

"Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya," katanya pada sidang media di USM hari ini, yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F M Alkarkhi.

Azhar, yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, berkata dengan menggunakan alat dikenali “spectrophotometer”, julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging ****.

Katanya, hasil ujian berkenaan akan mendapati warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging ****.

"Menerusi ujian berkenaan orang ramai khususnya pengguna Islam kini tidak perlu rasa was-was ingin menikmati daging ayam kerana keputusan akan diketahui dalam tempoh kurang dua jam untuk membezakannya dengan daging ****," katanya.

Azhar berkata, kaedah baru itu telah difailkan untuk paten dan ia juga boleh dimanfaatkan bagi mengatasi keraguan terhadap tahap halal daging terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhana.

Katanya, kaedah itu juga berguna untuk membezakan antara serbuk gelatin **** dan lembu serta boleh digunakan dalam industri makanan yang menggunakan daging serta industri daging beku.

Kos mesin spectrophotometer ialah sekitar RM25,000 manakala ribose berharga RM15 untuk setiap botol yang mengandungi sebanyak empat gram.

 
bagus lah mcm nie
PBT, pihak berkuasa agama apa lagi
made in malaysia lagi
tak reti2 nak beli
takkan pengguna nak dibebankan lagi
 
Tahniah USM...:)paid
Harap2 PBT ambik tindakan yang betul & menyeluruh laa..:)
 
Tahniah USM..aku hrp produk ni perlu dijual terus kpd org rmi esp. Umat Islam...
 
tahniah buat researcher yg berhempas pulas :)paid
 
mesti orang Yahudi nak beli jugak
sebab mereka tak makan ba*i
 
Bagus2. Tak perlu fund berjuta2 pun dah leh wat method yang sgt2 berguna.
 
Back
Top
Log in Register