BTC USD 81,453.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

USM cipta bahan jimat kos suling petroleum

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,647
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,647
Reaction score
38,262
Points
2,836
GEORGETOWN: Penemuan baru hasil penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berupaya menjimatkan tenaga dalam proses penyulingan dan penulenan petroleum, sekaligus membantu menjimatkan kos penghasilan bahan bakar itu.

Ketua Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Dr Ahmad Ramli Mohd Yahya, berkata inovasi yang dikenali sebagai USM-AR2 itu berpotensi digunakan dengan meluas oleh negara pengeluar minyak termasuk Malaysia.

"Produk biosintetik semulajadi itu dihasilkan oleh mikrob tempatan yang ditambah kepada petroleum sebelum proses penyulingan, USM-AR2 akan ditambah dalam minyak mentah untuk membantu proses pengemulsian.

"Ia membantu mengurangkan ketegangan permukaan dan kelikatan minyak, membantu mempercepatkan proses penyulingan," katanya dalam sidang media memperkenalkan penemuan baru itu di sini hari ini.

Beliau berkata, kaedah konvensional sedia ada dalam proses penyulingan minyak mentah kepada minyak boleh guna seperti petrol, diesel, kerosin dan sebagainya mengambil masa yang panjang dan menggunakan tenaga haba yang tinggi.

Katanya, dengan adanya USM-AR2, tempoh masa dan penggunaaan tenaga boleh dijimatkan sehingga 50 peratus tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti minyak yang dihasilkan, proses penyulingan dengan kaedah konvensional memakan masa sehingga 103 minit dengan suhu antara 160 dan 200 darjah Celcius.

Ahmad Ramli berkata, dengan tambahan USM-AR2 yang dibangunkan menggunakan geran jangka pendek USM berjumlah RM20,000 itu, hanya 38 minit diperlukan untuk menyiapkan proses penyulingan dengan suhu yang kurang iaitu antara 110 dan 160 darjah Celsius.

Katanya, produk yang telah dipatenkan di peringkat tempatan dan juga antarabangsa ini boleh memberi kesan terus kepada kos penghasilan produk petroleum yang sekaligus berupaya menentukan kos petroleum tempatan.

Turut hadir pada sidang media itu adalah tiga penyelidik bersama termasuk Prof Madya Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Nur Asshifa Md Noh dan Salwa Mohd Salleh. - BERNAMA

Sumber
 
boleh jadi ke harga minyak bleh turun ni?
 
Back
Top
Log in Register