BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahawan jangan mudah rasa puas hati

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Tan Sri Rafidah Aziz


KUALA LUMPUR - Golongan usahawan perlu mengambil peluang daripada pemudahan perdagangan dan usaha liberalisasi pasaran yang dilaksanakan oleh negara-negara Asia-Pasifik, kata Tan Sri Rafidah Aziz.Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dalam ekonomi Asia-Pasifik, telah wujud sistem sokongan tahap domestik dan serantau bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Misalnya, untuk memastikan pergerakan yang lebih baik bagi ahli-ahli perniagaan, kerajaan di rantau ini telah melaksanakan 'Kad Perjalanan Perniagaan APEC', yang membolehkan pemprosesan imigresen secara ekspres bagi ketibaan dan berlepas melalui laluan khas."Inisiatif ini mungkin kelihatan kecil tetapi jika anda hanya ada sehari untuk menjalankan perniagaan, anda tidak akan mahu menghabiskan separuh daripada hari itu untuk cuba keluar daripada lapangan terbang," katanya pada Konfederasi Dewan Perniagaan dan Industri Asia Pasifik (CACCI) Ke-28 di sini hari ini.Rafidah, yang juga Pengerusi AirAsia X, menasihati usahawan supaya tidak terlalu berpuas hati dengan zon selesa mereka, menggunakan teknologi baharu dan pantas untuk memberi tindak balas kepada perubahan."Berapa banyak PKS malah membayangkan untuk ke Amerika Syarikat mencari pasaran dan memberikan perkhidmatan di sana, kecuali syarikat asing itu telah berada di sini?" tanya beliau.Rafidah berkata kerajaan dan dewan perniagaan boleh memainkan peranan dengan memberi galakan kepada PKS supaya merentasi sempadan dan mendidik mereka mengenai insentif dan peluang yang terdapat di luar sana."Peluang sudah ada di sana hasil daripada kerjasama kerajaan dalam Asia Pasifik. Terpulang kepada usahawan untuk memacunya ke hadapan," katanya. Persidangan selama tiga hari bertemakan, "Menjangkaui 2020: Asia-Pasifik Sebagai Enjin Bagi Pertumbuhan Mampan", bermula semalam, menyediakan platform untuk menggalakkan peranan penting ahli perniagaan di rantau ini, meningkatkan
interaksi perniagaan serantau dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi serantau. - Bernama
\
 
Back
Top
Log in Register